Utusan Borneo (Sabah)

Masuk negara ini secara haram, 17 warga asing dipenjara dan sebat

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, mengenakan penjara empat bulan dan satu sebat, terhadap 17 lelaki warga asing yang memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Azreena Aziz, terhadap semua tertuduh selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1956/63.

Jika sabit kesalahan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun, atau dengan keduaduany­a serta tidak melebihi enam sebat.

Semasa rayuan, semua tertuduh yang berusia antara 19 tahun hingga 48 tahun, memohon hukuman mereka diringanka­n dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng meminta hukuman yang setimpal dikenakan.

Namun, tiada sebatan dikenakan terhadap tertuduh yang berusia 20 tahun ke bawah.

Di Mahkamah Majistret, sembilan pesalah trafik dikenakan denda atau penjara selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap mereka yang disabitkan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Lewis Wong Khee Yin, Coburt Majini, Chung Tham Ming, Jack Junior Simon dan Tommy Joseph dikenakan denda RM1,300.

Manakala Lee Kam Foo dan Chin Chen Nyee didenda RM1,400 dan RM1,500, sementara itu Zaharah Rahim dan Pidoh Pineh didenda RM1,600 dan RM1,700.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan penjara selama enam bulan dikenakan.

Mereka didapati memandu dalam pengaruh alkohol di sekitar kawasan ibu negeri dan Penampang, di sini.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Hanif Mamyudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia