Utusan Borneo (Sabah)

Sumbang mahram: ‘Paksu’ hadapi jumlah 588 tuduhan

-

KUALA LUMPUR: Selepas didakwa atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya, Jumaat lepas, lelaki itu dihadapkan lagi ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin atas 254 pertuduhan sama terhadap dua lagi anak saudaranya termasuk satu tuduhan cubaan merogol.

Tertuduh, berusia 46 tahun yang memakai baju-T berwarna biru gelap sama seperti yang dipakai ketika didakwa Jumaat lalu, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarka­n pertuduhan pertama sehingga ke 253, lelaki itu yang dipanggil ‘Paksu’ oleh ketiga-tiga mangsa didakwa telah melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, seorang perempuan yang tidak boleh dikahwini, sejak mangsa berusia enam tahun.

Tertuduh, yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak itu, dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di rumah flatnya di Ampang, di sini, antara Januari 2006 dan Disember 2013.

Kesemua pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen376­BKanunKese­ksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke 254, dia didakwa cuba merogol anak saudaranya yang berusia 10 tahun di tempat sama antara Januari dan Disember 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 376B/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhashima­h Hashim tidak menawarkan sebarang wang jaminan dengan alasan kebarangka­lian tertuduh mengganggu mangsa adalah tinggi kerana mempunyai hubungan persaudara­an yang rapat dengan kedua-dua mangsa.

Peguam tertuduh, Shahrul Nizam Azwir, memohon mahkamah membenarka­n jaminan dengan alasan keduadua mangsa kini tidak tinggal bersama tertuduh dan tertuduh turut bersedia dengan sebarang syarat tambahan.

Hakim Azrul, bagaimanap­un, tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Jumaat lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya sejak mangsa berusia lima tahun.

Keseluruha­n pertuduhan yang dihadapi lelaki itu berjumlah 558 pertuduhan iaitu 557 pertuduhan melakukan sumbang mahram dan satu pertuduhan cubaan merogol terhadap tiga anak saudaranya itu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia