Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga daif mohon kemudahan PPRT

- Oleh JAINUDIN NASIR

KOTA KINABALU: Satu keluarga daif di Kg Kalansanan, Inanam, Yasimih Salundam @ Jaffar, 58, memohon untuk mendapatka­n kemudahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Ketika ditemui, beliau berkata keluargany­a seramai 10 orang kini tinggal di rumah usang mereka di tepi parit Kalansanan sejak kediaman mereka musnah dalam kebakaran pada 2016.

Menurut beliau, hasrat untuk mendapatka­n PPRT amat mendesak kerana mereka memerlukan tempat tinggal yang selesa dan selamat.

Tambahan pula, dua daripada anaknya masih menuntut di sekolah menengah, manakala dua lagi di sekolah rendah sementara yang lain masih kecil.

“Permohonan untuk mendapatka­n PPRT telah saya kemukakan kepada pihak berkenaan menerusi surat permohonan rasmi, tetapi sampai sekarang tiada tanda-tanda kelulusan,” katanya.

Yasimih memohon kepada kerajaan supaya meluluskan segera permohonan PPRT itu demi keselamata­n serta keselesaan keluargany­a yang merupakan penduduk asal dan telahpun mendapat kelulusan tanah lot hak milik daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta penduduk sah Kampung Kalansanan.

“Saya sudah berusaha untuk mendirikan bangunan rumah di lot saya, tetapi hanya tiang dan beberapa beruti sahaja yang mampu beli kerana kekangan kewangan, sehingga pembinaan rumah kini terbengkal­ai,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Prihatin Keamanan dan Integriti Semalaysia (Pakis) dan Pertubuhan Momogun Society NWC Sabah merangkap Ketua Pentadbir Wilayah Tandek Kota Marudu, Nurjaffar Inggis ketika ditemui selepas melawat keluarga Yasimih, turut simpati terhadap kehidupan keluarga daif itu dan menyokong penuh agar keluarga itu dberikan PPRT.

“Saya amat bersimpati dengan keadaan keluarga Yasimih yang merupakan seorang nelayan yang mana, dia tiada pendapatan tetap untuk menyara kehidupan keluarga.

“Kita menyokong supaya kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Negeri Sabah membantu keluarga Yasimih,” katanya sambil menyaranka­n Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kalansanan supaya turut membantu dan menyokong keluarga Yasimih untuk mendapatka­n kemudahan PPRT.

 ??  ?? YASIMIH hanya mampu membeli tiang dan beruti kerana kekangan kewangan.
YASIMIH hanya mampu membeli tiang dan beruti kerana kekangan kewangan.
 ??  ?? YASIMIH (tengah) bersama isterinya memperliha­tkan surat permohonan mendapatka­n PPRT, diperhatik­an Nurjaffar (kanan).
YASIMIH (tengah) bersama isterinya memperliha­tkan surat permohonan mendapatka­n PPRT, diperhatik­an Nurjaffar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia