Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sedia lebih RM40 juta

Menaik taraf dan membaik pulih sistem bekalan air dan jalan raya

-

BEAUFORT: Kerajaan Persekutua­n telah menyediaka­n lebih RM40 juta bagi menaik taraf dan membaik pulih sistem bekalan air dan jalan raya di Kuala Penyu demi keselesaan masyarakat yang akan dilaksanak­an tahun ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata menerusi peruntukan itu, sejumlah RM22.5 juta diperuntuk­kan bagi membaik pulih sistem perpaipan air demi menjamin kelancaran bekalan air.

Jelas beliau, peruntukan membaik pulih sistem bekalan air itu turut membabitka­n pembinaan beberapa tangki air tambahan sebagai salah satu usaha mengatasi masalah bekalan air.

“Manakala peruntukan selebihnya dalam RM19 juta disediakan kerajaan bagi menaik taraf jalan luar bandar dari Kampung Tanjung Aru hingga ke Kampung Sangkabok sejauh 5 kilometer (km).

“Peruntukan ini hasil pertemuan saya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak barubaru ini. Setiap kali saya berjumpa dengan beliau untuk memberitah­ukeperluan­rakyat di kawasan saya, beliau segera memberi kelulusan.

“Tidak keterlalua­n saya katakan bahawa beliau (Najib) satu-satunya pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Jalinan Mesra bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Beaufort, di sini pada Isnin.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Beaufort Shaid Othman.

Dalam perkembang­an berkaitan, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata majlis itu bertujuan mengukuhka­n lagi jalinan antara pihaknya dan setiap pemimpin masyarakat yang telah banyak membantu beliau selama menjadi wakil rakyat.

Katanya, pemimpin masyarakat memainkan peranan besar dalam membantu kerajaan memastikan setiap bantuan dan maklumat sampai terus ke peringkat akar umbi.

“Melalui kerjasama ini, kita di Parlimen Beaufort berjaya mencapai KPI ditetapkan, malah melebihi sasaran sehingga menggentar­kan pembangkan­g yang sentiasa cuba menjejaska­n usaha murni kita ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 207 pemimpin masyarakat yang terdiri daripada pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), ketua kampung (KK), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan ketua masyarakat hadir pada majlis

itu.

“Peruntukan ini hasil pertemuan saya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Setiap kali saya berjumpa dengan beliau untuk memberitah­u keperluan rakyat di kawasan saya, beliau segera memberi kelulusan. Tidak keterlalua­n saya katakan bahawa beliau (Najib) satu-satunya pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap keperluan ” rakyat. DATUK AZIZAH MOHD DUN

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ??  ?? AZIZAH menyampaik­an amanat kepada pemimpin masyarakat.
AZIZAH menyampaik­an amanat kepada pemimpin masyarakat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia