Utusan Borneo (Sabah)

Susu tiruan: Dua peniaga didakwa 21 Feb

-

NILAI: Dua peniaga akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru 21 Feb ini atas dakwaan menjual produk susu yang dipercayai tiruan Disember lepas.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mendapat segala bukti terperinci termasuk laporan kimia mengenai kandungan susu terbabit.

“Kes ini bulan Disember lepas heboh diperkatak­an. Ini membuktika­nkitabuat(rampas dan dakwa) secara terperinci. Kita mengambil masa sedikit kerana kita memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

“Bila dah dapat segala maklumat yang dah disahkan itu baru kita boleh dakwa,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di sini Isnin.

Pada Disember lepas KPDNKK Johor Bahru merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima lokasi berasingan di Johor.

Sementara itu, diminta mengulas sama ada KPDNKK akan merampas kopi campuran yang mengakibat­kan beberapa individu terpaksa dibawa ke hospital selepas meminumnya, Hamzah berkata pihaknya setakat ini belum lagi menerima sebarang laporan terperinci mengenai kandungan kopi itu.

“Kita kena pastikan perkara itu secara sah, kena ada hitam putih. Kita tidak mahu ada andaian...bila dah cukup bukti kita akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Pada 30 Jan lepas, lima individu termasuk dua wanita, mendapatka­n rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk dipercayai selepas meminum sejenis kopi, dengan dua orang daripada mereka dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia