Utusan Borneo (Sabah)

Masalah parkir Pekan Tg Aru

Kerajaan cari jalan tambah jumlah tempat letak kenderaan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan akan mencari jalan untuk menambahka­n jumlah tempat letak kenderaan di Pekan Tanjung Aru.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata, pihaknya tidak menerima banyak aduan untuk kawasan itu kecuali rungutan kekurangan tempat letak kenderaan.

“Pekan ini menerima pengunjung tempatan yang ramai khususnya pada waktu pagi, tengahari dan petang.

“Mereka datang ke sini untuk menjamu selera kerana kawasan ini mempunyai peminat makanannya yang tersendiri,” katanya ketika ditemui semasa Tinjauan Mesra di Pekan Tanjung Aru pada Isnin.

Beliau yang juga Adun Tg Aru berkata, kerajaan akan cuba mendapatka­n kembali sebidang tanah terbiar bersebelah­an gereja di pekan itu untuk dibangunka­n sebagai tapak letak kenderaan.

Katanya, sebelum ini Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)bersamapih­akpemaju mempunyai persetujua­n untuk membangunk­an kawasan itu sebagai premis kedai.

“Namun sehingga kini, disebabkan kos pembinaan yang mahal, kawasan itu tidak dapat dibangunka­n.

“Oleh itu, kita akan mencari cara untuk mendapatka­n semula tanah itu untuk dibangunka­n pada masa hadapan,” katanya.

Jelasnya, pekan itu tidak mempunyai banyak kawasan lapang yang boleh dibangunka­n dan pada masa sama, ingin mengekalka­n nilai pra-sejarah yang ada di sana.

Edward yang juga naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata tinjauan mesra itu adalah acara tahunan.

“Tidak kira mereka ini pengundi kerajaan atau pembangkan­g, asalkan aduan itu berkaitan kawasan ini saya akan sedia mendengar.

“Sekiranya ada aduan mengenai kerajaan atau pihak DBKK kita juga sentiasa mendengar demi kebaikan rakyat di sini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatk­an orang ramai agar segera menyelesai­kan saman

Namun sehingga kini, dis“ebabkan kos pembinaan yang mahal, kawasan itu tidak dapat dibangunka­n. DATUK EDWARD YONG OUI FAH Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

tertunggak dengan pihak DBKK agar boleh mengelak daripada tindakan undangunda­ng. “Tempoh yang diberikan adalah sehingga 9 Feb ini, peluang ini harus diambil oleh orang awam yang mempunyai saman tertunggak,” katanya.

 ??  ?? EDWARD (kanan) mendengar masalah yang dihadapi peniaga di pasar Pekan Tg Aru.
EDWARD (kanan) mendengar masalah yang dihadapi peniaga di pasar Pekan Tg Aru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia