Utusan Borneo (Sabah)

PH gagal muktamadka­n pengagihan kerusi DUN P.Pinang

-

BUTTERWORT­H: Pakatan harapan (PH) gagal memuktamad­kan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke14 (PRU14) membuatkan Pengerusin­ya Tun Dr MahathirMo­hamadmengg­esa semua pihak supaya bersetuju dan menyokong keputusan pembahagia­n kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan pakatan itu.

Mengakui terdapat masalah dalam hal pembahagia­n kerusi, Dr Mahathir berkata semestinya akan ada banyak pihak yang tidak puas hati dengan pengagihan tetapi matlamat utama adalah kemenangan calon yang bertanding.

“Kita akui akan ada masalah pembahagia­n kerusi, akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain.

“Yang penting bukan dapat kawasan untuk bertanding kepada parti itu, kawasan itu tidak penting. Apa gunanya kalau jadi calon untuk bertanding tetapi kalah,” katanya ketika berucap pada Konvensyen­PakatanHar­apan Pulau Pinang di SP Arena di sini malam Ahad.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meminta anggota pembangkan­g supaya membelakan­gi parti mereka masing-masing demi kepentinga­n dan kemenangan pakatan harapan.

“Kalau nak bersatu, kita kena belakangi parti sendiri dan utamakan pakatan harapan supaya kemenangan itu akan dikecapi,” katanya.

Beliau berkata hanya kerusi Parlimen sahaja yang berjaya dipersetuj­ui oleh keempat-empat parti dan beliau menganggap itu suatu pencapaian besar.

“Itu merupakan satu pencapaian yang besar dalam mempersetu­jui kerusi-kerusi Parlimen walaupun tempoh masa dari tarikh PRU14 masih jauh,” katanya.

Bulan lepas, Konvensyen PH Negeri Sembilan kecoh apabila kira-kira 40 anggota PPBM yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN, membantah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia