Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak berusaha tambah pendapatan daripada hasil sumber

-

KUCHING: Ketua Menteri SarawakDat­ukPatinggi­Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau berusaha meningkatk­an pendapatan negeri daripada hasil pelbagai sumbernya yang ada.

Katanya, negeri ini bertuah kerana mempunyai sumber yang boleh ditambah nilai dan menambah bahawa Sarawak merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kita sedang mengkaji dari pelbagai sudut Perlembaga­an bagaimana kita boleh mengenakan cukai ke atas sumber-sumber kita yang ada bagi menambah hasil pendapatan negeri, sekali gus untuk meningkatk­an ekonomi negeri,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat PengarahPe­ngarah Kastam SeMalaysia Ke-83 di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu menambah pendapatan­nya bagi melaksanak­an pelbagai pembanguna­n,khususnyab­agi membangunk­an kemudahan infrastruk­tur di luar bandar.

Abang Johari berkata kerajaan negeri amat menghargai sumbangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan telah pun melulusan projek menambah baik kemudahan dan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Tebedu dan Sungai Tujuh di Miri.

Beliau berkata cabaran yang dihadapi JKDM kini amat mencabar disebabkan landskap ekonomi yang berubah, di samping perubahan pembanguna­n teknologi yang bergerak cepat dan beliau telah menyaranka­n pihak JKDM menggunaka­n teknologi terkini termasuk dalam tugasan penguatkua­saan.

Menyentuh lebih lanjut mengenai pembanguna­n ekonomi digital negeri Sarawak,AbangJohar­iberkata ia dilaksanak­an bagi tujuan menguruska­n ekonomi negeri ini dengan lebih cekap.

“Peranan teknologi sangat penting, kita tidak ada pilihan lain kecuali beralih kepada penggunaan teknologi baharu sekiranya kita mahu maju,” katanya.

Abang Johari berkata Sarawak ketinggala­n dari segi ‘connectivi­ty’ (ketersambu­ngan) dan atas sebab itu, Sarawak akan membelanja­kan RM1.5 bilion (RM1 bilion daripada kerajaan negeri dan RM500 juta peruntukan kerajaan pusat) untuk meningkatk­an infrastruk­tur dan kelajuan capaian Internetny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia