Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa, guru pastikan agenda pendidikan tercapai

-

SEMPORNA: Golongan ibu bapa dan guru hendaklah menjaditon­ggakdannad­ikepada kerajaan dalam mempastika­n agenda pendidikan negara tercapai.

Bendahari Penerangan Pemuda Umno Sabah yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Semporna Mohd Rashdey Haji Sabardin berkata, semua akan berhadapan dengan situasi yang mencabar lebih-lebih lagi dengan ledakan teknologi global yang semakin pantas.

Katanya hal itu menyebabka­n budaya dan keinginan pelajar berbeza daripada apa yang dialami dahulu.

“Oleh itu, kita perlu bersikap terbuka serta berfikir secara kreatif dalam memanfaatk­an cabaran yang mendatang.

“Sudah pasti hasil daripada ledakan teknologi global ini akan sedikit sebanyak mempengaru­hi cara pengajaran dan pembelajar­an di sekolah,” katanya namun yakin guru dan ibu bapa serta pelajar mampu menghadapi apa jua cabaran.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Impian Ibu Bapa Tahun 6 SK Bubul.

Rashdey mengajak ibu bapa dan guru agar mengeratka­n lagi tali silaturrah­im antara sesama agar dapat memperkuku­h serta meningkatk­an lagi tahap serta mutu pendidikan di daerah ini.

Beliau berkata, permuafaka­tan antara guru, ibu bapa dan pelajar amat penting dalam membina kemenjadia­n seseorang pelajar itu agar agenda sekolah untuk meningkatk­an bilangan pelajar cemerlang dalam UPSR tahun ini akan tercapai.

Katanya, ibu bapa dan guruguru memainkan peranan yang sama penting iaitu memastikan anak-anak di sekolah itu berjaya mencapai tahap akademik yang memuaskan agar suatu hari nanti mereka akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Beliau juga mengajak guru dan ibu bapa untuk sama-sama membetulka­n “niat kita, merubah diri kita, mengukuhka­n ukhuwah antara kita semua demi kebaikan anakanak pada masa akan datang.”

Katanya, mereka tidak akan mampu melakukann­ya jika asyik menyalahka­n orang lain yang bersifat negatif terhadap sesama.

Dalam majlis itu, Rashdey menyampaik­an sebanyak 150 kerusi untuk kegunaan SK Bubul.

Turut hadir, Pegawai Imigresen Mohd Ishak Yusof dan Pegawai Yayasan Sabah Mohd Salim Haji Japaran.

 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu yang hadir di majlis itu.
SEBAHAGIAN tetamu yang hadir di majlis itu.
 ??  ?? RASHDEY menyampaik­an sumbangan kerusi kepada guru besar SK Bubul.
RASHDEY menyampaik­an sumbangan kerusi kepada guru besar SK Bubul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia