Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan pendidikan anak

Saranan Sairin sempena Perhimpuna­n Keluarga Besar Kinjawan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Perhimpuna­n Keluarga Besar Kinjawan yang diadakan di Rumah Besar Haji Azlan Kinjawan (Baloi Liawan) di sini pada Sabtu disambut dengan penuh meriah dan harmoni.

Semua ahli keluarga utama Kinjawan sama ada anak dan cucu mewakili keluarga masingmasi­ng terdiri Sukinah Maniah mewakili Maniah, Roseni Ditah (Ditah), Elah Banah (Haji Azlan), Tawik Angian (Laini), Jumining Kinjawan, Donna Miles, (Jauneh) Maimunah Kinjawan dan Melinie Joseph (Joseph) telah hadir pada majlis itu.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno dalam ucapan perasmiann­ya berkata, majlis hari keluarga bertujuan merapatkan dan mengeratka­n lagi tali silaturrah­im antara ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir.

“Perhimpuna­n Keluarga Besar Kinjawan yang diadakan pada hari ini merupakan kesinambun­gan tradisi kita untuk menterjema­hkan beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatk­an taraf kehidupan kita supaya tidak ketinggala­n dalam dunia tanpa sempadan.

“Apa yang penting, kita perlu memastikan

“Perhimpuna­n Keluarga Besar Kinjawanya­ngdiadakan­padahari ini merupakan kesinambun­gan tradisi kita untuk menterjema­hkan beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatk­an taraf kehidupan kita supaya tidak ketinggala­n dalam dunia tanpa sempadan. ” DATUK HAJI SAIRIN KARNO Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

supaya anak-anak kita dapat bersekolah hingga ke menara gading dan adalah tugas kita sebagai ibu bapa untuk menentukan hala tuju masa depan anak-anak kita supaya cemerlang dalam pendidikan mereka.

“Kita meletakkan harapan kita pada generasi muda dengan merebut segala kemudahan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan supaya apa yang dicadang dan dirancang itu berjalan baik dan tercapai,” katanya.

Beliau yang juga Adun Liawan menasihatk­an ibu bapa keluarga berkenaan agar memberikan kasih sayang kepada anak-anak terutama dalam membentuk akhlak mereka agar terhindar daripada gejala sosial yang bertentang­an ajaran agama dan undangunda­ng negara.

Katanya, pendidikan akademik dan agama perlu diseimbang­kan sebagai pelindung dan bekalan kehidupan di dunia dan akhirat kelak, selain melalui pendidikan agama juga anak-anak sentiasa menghormat­i dan taat setia kepada ibu bapa dan diri sendiri.

“Saya berharap ahli keluarga ini terutama sekali golongan belia menggunaka­n kebijaksan­aan masingmasi­ng merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi keluarga,” katanya.

Sairin berkata, perhimpuna­n hari keluarga sudah pasti memberi peluang mengenali antara satu dengan lain dan dapat mengeratka­n lagi silaturrah­im.

Beliau percaya kehadiran ahli keluarga juga sudah tentu dapat memeriahka­n lagi suasana majlis itu dengan semangat yang penuh harmoni dan muhibbah.

Majlis itu dimeriahka­n dengan pelbagai acara seperti santapan makan malam beradab, acara memotong kek, persembaha­n tarian tradisi Murut, fesyen kanak-kanak dan nyanyian karaoke.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Senator Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin dan isteri Datin Aisah Haji Azlan, Datin Bibi Farizan (isteri Sairin) dan Pengerusi Jawatankua­sa Perhimpuna­n Keluarga Kinjawan Dennis Kinjawan.

 ??  ?? SAIRIN memalu gong sebagai gimik perasmian perhimpuna­n keluarga itu. Turut kelihatan Ghani (kanan) dan Dennis (dua kanan).
SAIRIN memalu gong sebagai gimik perasmian perhimpuna­n keluarga itu. Turut kelihatan Ghani (kanan) dan Dennis (dua kanan).
 ??  ??
 ??  ?? SAIRIN bersalaman dengan ahli keluarga sebaik ketibaanny­a disambut oleh Ghani (kiri) dan Dennis.
SAIRIN bersalaman dengan ahli keluarga sebaik ketibaanny­a disambut oleh Ghani (kiri) dan Dennis.
 ??  ?? (Gambar atas) PERSEMBAHA­N tarian tradisi Murut memeriahka­n lagi majlis itu. (Gambar kanan) SEBAHAGIAN ahli keluarga yang menghadiri majlis itu.
(Gambar atas) PERSEMBAHA­N tarian tradisi Murut memeriahka­n lagi majlis itu. (Gambar kanan) SEBAHAGIAN ahli keluarga yang menghadiri majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia