Utusan Borneo (Sabah)

JPJ Sarawak jalankan pelbagai program operasi

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak akan menjalanka­n pelbagai program operasi terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini sebagai langkah meningkatk­an lagi kesedaran keselamata­n di jalan raya.

JPJ Sarawak menerusi satu kenyataan pada Ahad menyatakan bahawa ia bagi memastikan tahap keselamata­n jalan raya semasa musim perayaan terus dipertingk­atkan sekali gus mengurangk­an kadar kemalangan.

“Programini­akandijala­nkan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu membabitka­n kerjasama JPJ dengan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), MIROS, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), polis trafik dan Puspakom.

“Ia bertujuan memberi perkhidmat­an lebih efisien dan mendekati masyarakat dalam menangani isu keselamata­n jalan raya,” katanya.

Pada masa sama, JPJ Sarawak juga akan melakukan beberapa penambahba­ikan dalam memperkasa­kan perkhidmat­an kepada rakyat.

Antara inisiatif yang diambil adalah seperti mewujudkan kaunter pelbagai urus niaga di Stesen Penguatkua­saan Skaloh Niah, Miri dan Stesen Penguatkua­saan Stapang, Sibu.

Sementara itu, baru-baru ini Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPJ Malaysia telah diadakandi­PusatTrans­formasi Bandar (UTC) di sini dengan turut dihadiri Ketua Pengarah Pengangkut­an Jalan Malaysia Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Zamakhshar­i Hanipah.

Justeru, Shaharuddi­n berharap segala perancanga­n serta penambahba­ikan yang dilakukan JPJ akan membawa banyak kebaikan kepada rakyat.

Beliau turut menegaskan bahawa tidak akan berkomprom­i dengan isuisu integriti yang melibatkan pegawai dan anggota JPJ.

“Seseorang yang telah melanggar tatacara integriti, akan dikenakan hukuman setimpal jika didapati bersalah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia