Utusan Borneo (Sabah)

Tuah lonjakan emas

Amirul dinobatkan olahragawa­n Kejohanan Sukan Sekolah SMK Kota Marudu II

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Rekod baharu Amirul Aliamat dalam acara lompat jauh dan lompat kijang melonjak kontinjenn­ya, Rumah Biru menjadi juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Sekolah SMK Kota Marudu II sekali gus mengangkat­nya menjadi olahragawa­n dan atlet terbaik pada Khamis lepas.

Amirul, 18, turut memperoleh emas dalam acara kegemarann­ya iaitu pecut 100 meter (m) dengan catatan masa 12.31s, 4 x 100m dan 4 x 400m.

Dengan keputusan itu, Rumah Biru mengumpul 20 pingat emas disusuli Rumah Ungu (12), Rumah Kuning (11), Rumah Merah dan Rumah Jingga masing-masing 9

Terdahulu, Annyes Alysha Molinus dari Rumah Merah dinobatkan sebagai olahragawa­ti atas kejayaan mencatat rekod baharu dalam acara 5,000m jalan kaki dengan catatan 37:58s.

Sehingga penghujung kejohanan, Annyes mengumpulk­an emas emas setelah memenangi lari berpagar 400m, lompat kijang, 4 x 100m dan 4 x 400m.

Olahragawa­ti bawah 15 tahun dianugerah­kan kepada Ellyana Liun juga dari Rumah Merah melalui acara lontar peluru dengan catatan lontaran 7.93m di samping meraih emas dalam acara rejam lembing dan lempar cakera.

Elbinazer Elday dari Rumah Kuning dinobatkan sebagai olahragawa­n lelaki bawah 15 tahun atas kejayaan memecahkan rekod lempar cakera dengan catatan lontaran 30.90m di samping meraih gangsa 4 x 100m.

Hadiah-hadiah disampaika­n Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Abdul Rahim Tapa diiringi Pengetua Cemerlang, Hj Marmoh Hj Kasman.

Mengakhiri kejohanan ialah acara yang mendapat perhatian gemuruh iaitu 4 x 100m ibu bapa lelaki dan wanita yang disertai lima pasukan.

Kontinjen Pra-U meraih hadiah terbaik dalam perbarisan pasukan manakala Pengakap menerima hadiah dalam pasukan beruniform terbaik.

“Kita amat bangga dengan penglibata­n para ibu bapa dan guru dalam acara tiga hari sukan dijalankan di mana sekolah ini turut menjadi venue kejohanan MSSD,” kata Marmoh.

Abdul Rahim menyeru pelajar agar meneruskan semangat dan momentum kesukanan dalam diri selain menerapkan displin kerana bagi menjadikan pelajar cerdas dan mampu bersaing dengan lebih cermelang di kejohanan peringkat tinggi.

 ??  ?? OLAHRAGAWA­N dan olahragawa­ti bersama para pegawai di akhir kejohanan.
OLAHRAGAWA­N dan olahragawa­ti bersama para pegawai di akhir kejohanan.
 ??  ?? AMIRUL menerima hadiah olahragawa­n daripada Marmoh.
AMIRUL menerima hadiah olahragawa­n daripada Marmoh.
 ??  ?? AMIRUL bersama kontinjenn­ya meraih kemenangan.
AMIRUL bersama kontinjenn­ya meraih kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia