Utusan Borneo (Sabah)

Beaufort dominasi bola keranjang sekolah menengah MSSB Selatan

-

PAPAR: Pasukan lelaki dan perempuan Beaufort muncul johan pada Kejohanan Bola Keranjang Sekolah Menengah Majlis Sukan SekolahSek­olah (MSS) Bahagian Selatan yang berlangsun­g pada Khamis lepas di sini.

Kejohanan yang berlangsun­g di Kelab Rekreasi Papar itu mempertemu­kan Papar selaku tuan rumah menentang Beaufort bagi Kategori Lelaki.

Pertemuan dua seteru bola keranjang selatan itu memperliha­tkan kehebatan Beaufort menjinakka­n pasukan tuan rumah dengan jaringan 109 berbalas 29.

Perlawanan antara kedua pasukan berlangsun­g sengit di suku pertama dengan Beaufort melancarka­n serangan bertali arus. Keampuhan pertahanan Papar mula bocor dengan memberikan jaringan demi jaringan kepada pasukan pelawat.

Kejohanan Bola Keranjang Bahagian Selatan tahun ini dikelolaka­n oleh SMK Bongawan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Pada kejohanan sehari itu, daerah Kuala Penyu tidak menghantar wakil.

Antara tujuan utama kejohanan adalah untuk mencungkil bakat pemain bola keranjang dalam kalangan pelajar sekolah sekitar bahagian selatan.

Malah kejohanan ini juga menjadi medan pertemuan pemain sebagai musuh dalam pertanding­an tapi menjadi rakan berkongsi minat di luar pertanding­an.

Bagi Kategori Perempuan pula mempertemu­kan tiga daerah dengan perlawanan pertama di antara Papar bertemu Beaufort, diikuti perlawanan antara Beaufort melawan Sipitang dan diakhiri pertembung­an di antara Papar selaku tuan rumah melayan tetamu Sipitang.

Seperti pasukan lelaki, Beaufort mempunyai pasukan perempuan yang cukup digeruni.

Pada perlawanan pertama menentang tuan rumah, Beaufort menewaskan Papar dengan jaringan 15 - 12.

Dominasi Pasukan Perempuan Beaufort dalam perlawan kedua menentang Sipitang memperliha­t sinar kejuaraan dengan jaringan 33-14.

Pada perlawanan yang terakhir, persaingan sengit antara Papar dan Sipitang menyebelah­i pasukan tuan rumah untuk merebut tempat naib johan.

Pasukan Sipitang berjaya ditundukka­n pasukan Papar dengan 29-13.

Di akhir perlawanan secara rasminya, johan Kategori Perempuan disandang oleh pasukan Perempuan Beaufort, naib johan pasukan Papar dan tempat ketiga disandang oleh pasukan Sipitang.

Penutupan Kejohanan Bola Keranjang Sekolah Menengah MSSB Selatan disempurna­kan oleh Penyelia Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Papar Sharin Liman.

Beliau menyatakan penghargaa­n terima kasih dan tahniah kepada pengelola yang diwakili Penolong Kanan KoKurikulu­m SMK Bongawan Suhaimee Hj Muhammad.

Sharin yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Papar juga beranggapa­n kejohanan seperti ini merupakan platform terbaik dalam mencungkil bakat pelajar.

Malah beliau juga mahu keseronoka­n bersukan ini diseimbang­kan dengan kesungguha­n akademik dan sahsiah di sekolah.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Lelaki Beaufort bersama pegawai pengiring.
PASUKAN Lelaki Beaufort bersama pegawai pengiring.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N sijil penyertaan dan hadiah johan kepada Pasukan Perempuan Beaufort disampaika­n oleh Sharin diiringi Suhaimee.
PENYAMPAIA­N sijil penyertaan dan hadiah johan kepada Pasukan Perempuan Beaufort disampaika­n oleh Sharin diiringi Suhaimee.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N sijil penyertaan dan hadiah johan kepada Pasukan Lelaki Beaufort, disampaika­n oleh Sharin.
PENYAMPAIA­N sijil penyertaan dan hadiah johan kepada Pasukan Lelaki Beaufort, disampaika­n oleh Sharin.
 ??  ?? PASUKAN Perempuan Beaufort bersama jurulatih dan pegawai pengiring.
PASUKAN Perempuan Beaufort bersama jurulatih dan pegawai pengiring.
 ??  ?? ANTARA aksi perlawanan pada kejohanan itu.
ANTARA aksi perlawanan pada kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia