Utusan Borneo (Sabah)

SK Kalumpang adakan sukan tahunan

- Oleh HAMZAH SANUDIN

SEMPORNA: Sekolah Kebangsaan Kalumpang telah mengadakan sukan tahunan sekolah yang dirasmikan oleh Pemangku Ketua Pemuda Umno Semporna Ahmad Marzuki Hj Nasir di sekolah berkenaan.

Tiga rumah sukan iaitu Merah, Biru dan Kuning yang diwakili pelajar tahap 1 dan 2 berentap merebut kejuaraan keseluruha­n yang dipertandi­ngkan dalam sukan tahunan itu.

Ahmad Marzuki berbangga kerana diberi penghormat­an oleh pihak sekolah untuk menjadi perasmi kejohanan sukan itu dan berterima kasih kepada Pengurus Ladang Pinang dan YDP PIBG sekolah keranaturu­thadirmeme­riahkan lagi sukan kali ini.

“Aktiviti sukan di peringkat sekolah merupakan satu permulaan bagi setiap atlit negara dan melalui sukan juga boleh dijadikan sebagai kerjaya yang profesiona­l malahan kerjaya sebagai atlit juga boleh menjadikan seseorang itu bergelar jutawan seperti pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

“Pihak kerajaan akan sentiasa membantu pelajar yang berkeboleh­an dan yang dirasakan boleh menyumbang jasa kepada negara dalam bidang sukan,” katanya.

Guru Besar SK Kalumpang Kamul Kamarudin berkata, sukan tahunan itu adalah bagi mengukur tahap kecergasan seseorang pelajar di mana, pada tahun ini aktiviti sukan tahunan sekolah sudah termasuk dalam Pentaksira­n Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK).

“Sukan tahunan ini juga akan dinilai dan markah penilai PAJSK akan dimasukkan kedalam ujian PPSR yang mengantika­n UPSR, oleh itu setiap pelajar wajib memberikan kesungguha­n dalam kesukanan di peringkat sekolah,” katanya.

Mengulas pencapaian SK Kalumpang, beliau berkata sekolah itu sudah empat tahun berturut-turut layak ke peringkat akhir bola sepak peringkat daerah dan menduduki tangga ke-

RUMAH Biru juara muncul keseluruha­n.

4 daripada 51 sekolah di Semporna dalam acara padang dan balapan.

Katanya, salah seorang pelajar Mohd Azlan Shah Sagar telah terpilih mewakili Sabah dalam acara bola sepak dan mewakili zon tenggara dalam sukan bola baling.

Juara keseluruha­n sukan pada tahun ini disandang oleh pasukan Rumah Biru, tempat kedua Rumah Merah dan ketiga RumahKunin­gmanakalaM­ohd Haiqal Mohd Rafie dan Siti Julaiha Mohammad dinobatkan sebagai olahragawa­n dan olahragawa­ti.

 ??  ?? KAMUL, Ahmad Marzuki dan tetamu lain ketika menjadi hakim perbarisan.
KAMUL, Ahmad Marzuki dan tetamu lain ketika menjadi hakim perbarisan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia