Utusan Borneo (Sabah)

STA lulus belanjawan RM190,000

-

KOTA KINABALU: Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) meluluskan belanjawan bernilai RM190,000 untuk melaksanak­an program padat yang telah dirancang persatuan itu untuk tahun ini.

Presiden STA Johnson Koh ditemui di ibu negeri pada Isnin berkata, belanjawan itu telah diluluskan oleh Ahli Majlis Tertinggi persatuan semasa mesyuarat pertama STA 2018 di Semporna pada Sabtu.

Mesyuarat itu juga diadakan bersempena menyambut kehadiran Persatuan Tenis Daerah Semporna (Semporna DTA) selaku ahli gabungan baharu STA.

“Belanjawan ini adalah untuk membangunk­an pemain-pemain muda dari seluruh negeri Sabah bukan sahaja menerusi latihan bersistema­tik, tetapi juga penyertaan kejohanank­ejohanan remaja anjuran STA.

“Tahun ini, STA akan memperkena­lkan satu lagi kejohanan baharu iaitu Kejohanan Remaja Antara Badan Gabungan STA.

“Kejohanan istimewa ini juga akan melibatkan acara perempuan dengan menggunaka­n format dua perseorang­an dan satu beregu,” jelas beliau.

Namun demikian, beliau terus melahirkan rasa bimbang berkenaan keadaan permukaan gelanggang di Pusat Tenis Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas yang kini terjejas teruk akibat usia.

Jika gelanggang-gelanggang di pusat itu tidak dipulihkan secepat mungkin, penganjura­n kejohanan-kejohanan khususnya kejohanan antarabang­sa terpaksa dibatalkan kerana faktor keselamata­n.

YUSOF

Dalam pada itu, bersempena kehadiran rombongan STA ke Semporna, pasukan gabungan STA bersama KK Bugzzzs telah mengadakan perlawanan persahabat­an menentang pasukan gabungan Semporna, Tawau dan Segaria Estate.

Perlawanan itu berlangsun­g di gelanggang bertaraf antarabang­sa yang baharu yang dibina oleh Segaria Estate.

Selain Johnson, perlawanan itu turut disertai oleh naib presiden STA yang juga pengurus kanan Segaria Estate; Christophe­r Lim, naib presiden Sempurna DTA Yusof Jaharam, naib presiden Tawau DTA Muslan Omar dan jurulatih Sabah Tito Latoja.

Selepas perlawanan persahabat­an itu, Semporna DTA telah menghoskan Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh pegawai daerah Semporna; Dr. Chacho Haji Bullah selaku tetamu kehormat bersama pegawai belia dan sukan Marasun Hasim serta presiden Semporna DTA Jamad Amat.

 ??  ?? (depan enam dari kanan), Jamad, Johnson, Christophe­r, Muslan dan Tito bersama para pemain yang menyertai perlawanan persahabat­an di gelanggang tenis Segaria Estate, Semporna pada Sabtu.
(depan enam dari kanan), Jamad, Johnson, Christophe­r, Muslan dan Tito bersama para pemain yang menyertai perlawanan persahabat­an di gelanggang tenis Segaria Estate, Semporna pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia