Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tidak mendabik dada

Berdepan Felcra FC di Stadium Shah Alam, malam ini

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah tidak mendabik dada berhadapan Felcra FC di Stadium Shah Alam, Selangor malam ini.

Sebaliknya Jelius Ating mahu setiap anakanak buahnya bermain dengan penuh berhatihat­i untuk meneruskan rekod kemenangan dalam perlawanan kedua Liga Perdana 2018 itu.

“Bagi saya siapa pun yang kita hadapi, kita perlu berhati-hati terutama sekali semasa berhadapan pasukan seperti Felcra FC yang pertama kali beraksi dalam liga ini.

“Apa yang saya mahu ialah pemain terus konsisten serta tidak kerap melakukan kesilapan mudah sehingga membawa padah kepada kita,” jelas ketua jurulatih itu semasa dihubungi Isnin.

“Apa yang penting ialah kemenangan, tidak kisahlah berapa gol pun, kalau kita dapat gol yang banyak seperti sebelum ini, itu satu bonus untuk kita. Tetapi jika kita menang tipis 1-0 pun sudah cukup. Yang penting kita pulang dengan tiga mata berharga.

“Oleh itu, semua pemain harus bermain sepenuh tenaga dan memberikan yang terbaik untuk kita menewaskan Felcra,” tambah Jelius.

Jelius yang juga terkenal dengan jolokan `Orang Besi Sabah’ akan mengekalka­n barisan kesebelasa­n utama yangsamase­masaskuadb­adak berpesta gol membelasah Terengganu­FC II menerusi empat gol tanpa balas dalam aksi sulung di Stadium Likas pada Jumaat lalu.

“Tiada sebab untuk saya membuat perubahan (kesebelasa­n utama), kecuali jika berlaku sesuatu masalah sehingga terpaksa melakukan perubahan di saat akhir.

“Sekalipun begitu, saya sentiasa menegaskan pada mereka (para pemain) supaya bermain dengan baik atau diganti dengan pemain lain.

“Saya mahu bersikap adil pada semua pemain. Bagi saya, hanya yang terbaik akan beraksi,” katanya lagi.

Kesebelasa­n utama yang mungkin diturunkan ialah Robson Rendy Rining (penjaga gol), ketua pasukan Rawilson Batuil, Maffry Balang, Randy Baruh dan Jenius Karib (pemain pertahanan), import antarabang­sa Heo Jaenyong (Korea Selatan), Mohd Azzizan Nordin, Sabri Sahar dan Maxsius Musa (pemain tengah) serta dua lagi import antarbangs­a Lee Gil Hoon (Korea Selatan) dan Hector Pito Ramos (Puerto Rico) selaku penyerang.

“Bagi saya siapa pun yang kita hadapi, kita perlu berhati-hati terutama sekali semasa berhadapan pasukan seperti Felcra FC yang pertama kali beraksi dalam liga ini. Apa yang saya mahu ialah pemain terus konsisten serta tidak kerap melakukan kesilapan mudah sehingga membawa ” padah kepada kita. JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia