Utusan Borneo (Sabah)

Aiman raja laut Hari Bandaraya

-

KOTA KINABALU: Atlet Persatuan Pelayaran Negeri Sabah (SAILA) Muhd Aiman Adam Muhd Firdaus merangkul gelaran juara Keseluruha­n Optimist semasa Regatta Hari Bandaraya Terbuka Ke-19, 2018 yang berakhir di Kinabalu Yacht Club (KYC), Tanjung Aru pada Ahad.

Aiman membuktika­n beliau yang terbaik dengan menjuarai tiga dari lima perlumbaan seterusnya menewaskan empat pencabar yang lain yang mewakili Persatuan Pelayaran Negeri Sarawak (SASA) termasuk Nur Ameera Natasha Zamzurine, Muhammad Syukri Halias, Muhammad Amirul Aqmal Aslan dan Shahrul Shafwan Gani yang mana masingmasi­ng menduduki tempat kedua hingga kelima.

Kemenangan Aiman itu juga membolehka­n SAILA memenangi tiga gelaran di perlumbaan dua hari itu yang menyaksika­n dominasi SASA yang berjaya membawa pulang tujuh gelaran.

Kira-kira 80 peserta bersaing di acara tahunan itu yang diadakan bersempena sambutan Ulangtahun Bandaraya Kota Kinabalu.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai dengan disaksikan oleh KomodoKYC;AlbertShim­dan presiden SAILA Christophe­r Chin. KUALA LUMPUR: Selangor membuktika­n mereka masih layak digelar pasukan gergasi di Malaysia apabila berjaya melakar kemenangan pertama Liga Super 2018 menewaskan Kuala Lumpur 2-0 meskipun dilanda pelbagai konflik sepanjang tempoh persiapan pramusim.

Ketua jurulatih Selangor, P. Maniam berkata sikap profesiona­lbarisanpe­mainnya serta fokus yang tinggi terhadap perlawanan adalah kunci kejayaan Selangor berhasil membawa pulang tiga mata penuh pada aksi yang berlangsun­g di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Ahad.

“Kami (pihak pengurusan) sentiasa mengingatk­an para pemain bahawa itu semua adalah halangan yang akan menggangu fokus sekiranya mereka(pemain)membiarkan ia masuk ke dalam fikiran.

“Sebelum perlawanan bermula para pemain sudah menunjukka­n semangat yang tinggi dan hasil daripada sikap positif yang ditunjukka­n, kami berjaya meraih kemenangan pada perlawanan pertama ini,” katanya kepada pemberita.

Selangor, juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali menerima tamparan hebat selepas tidak dibenarkan menggunaka­n Stadium Shah Alam yang menjadi gelanggang keramat skuad ‘Gergasi Merah’ selama dua dekad sebagai venue tuan rumah bagi saingan Liga Super 2018 kerana perselisih­an faham antara Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri.

Isu tersebut bertambah parah selepas hasrat menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai stadium alternatif turut ditolak dua minggu sebelum liga bermula meskipun pada awalnya telah mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Namun, perkembang­an terbaharu menyaksika­n Selangor akhirnya berjaya menemui jalan penyelesai­an selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarka­n mereka menggunaka­n Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue tuan rumah musim ini.

Dalam pada itu, kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan penyerang import dari Sepanyol Rufino Segovia Del Burgo pada minit ke-16 dan 90 menyaksika­n Selangor kini menerajui takhta liga dengan berkongsi tiga mata bersamasam­a juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka dan pendatang baharu, PKNP FC.

Mengulas mengenai perlawanan Ahad, Maniam gembira dengan perkembang­an pasukannya yang mempunyai kombinasi pemain senior dan muda, namun menegaskan masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi kedua menentang Melaka pada Rabu. - Bernama

QWEK

 ??  ?? TETAMU Kehormat bersama para pemenang Regatta Hari Bandaraya Terbuka Ke-19, 2018 di Kinabalu Yacht Club (KYC), Tanjung Aru pada Ahad.
TETAMU Kehormat bersama para pemenang Regatta Hari Bandaraya Terbuka Ke-19, 2018 di Kinabalu Yacht Club (KYC), Tanjung Aru pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia