Utusan Borneo (Sabah)

Pilih kerajaan berprestas­i cemerlang

-

RAKYAT di negeri ini diingatkan supaya memilih kerajaan yang mempunyai rekod prestasi cemerlang dan bukannya ‘kerajaan janji kosong’ kerana ia boleh memberi kesan kepada generasi masa hadapan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, rakyat perlu membuat pilihan bijak dan bukannya memilih parti daripada parti yang tidak konsisten.

“Sudah terbukti Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod prestasi cemerlang, terutama dalam membela nasib rakyat dan membawa kemajuan serta pembanguna­n pesat kepada negara.

“Justeru, rakyat harus kembali memberikan mandat kepada kerajaan BN dalam menerajui, memimpin dan mengekalka­n keamanan rakyat negeri Sabah khususnya di daerah Tawau ini. Pilihlah kerajaan yang berkemampu­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berdialog bersama penduduk Kg Tanjung Batu Laut, di sini pada Ahad.

“Rakyat di negeri ini bijak memilih kerajaan untuk masa akan datang kerana mereka tahu siapakah yang memperjuan­gkan kepentinga­n mereka dengan sebenar-benarnya,” katanya.

Beliau yang Adun Tanjong Batu berkata kerajaan BN percaya rakyat akan dapat melihat dengan jelas janji palsu yang ditabur pihak tertentu serta siapakah yang telah berjasa dan terus menabur jasanya.

“Rakyat harus memilih parti politik yang telah terbukti mempamerka­n rekod prestasi terbaik dalam mentadbir negara dan membela nasib rakyat serta tidak menjadikan kebencian sebagai alasan untuk melakukan perubahan.

“Setakat ini, tiada lagi parti politik yang terbukti mampu memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat seperti Barisan Nasional yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat,” katanya.

Hamisa berkata, BN sememangny­a sebuah parti yang mengotakan kata-kata dan bukannya menabur janji-janji indah kepada rakyat.

Beliau meminta rakyat berfikir dan tidak terpengaru­h dengan janji pembangkan­g yang tidak masuk akal.

Katanya, pembangkan­g hanya tahu berjanji untuk menjadikan segala perkara percuma tanpa memikirkan mengenai kesan buruk terhadap rakyat dalam jangka panjang.

“Kerajaan BN Sabah sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat di peringkat akar umbi. Kehendak rakyat mengenai masalah kampung perlu diambil kira jika mahu disokong dan dihormati,” katanya.

Jelasnya wakil rakyat BN tidak datang apabila pilihan raya semakin dekat, tetapi datang sejak lama dahulu mendengar cadangan rakyat dan menerima pandangan mereka dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

“Saya berharap janganlah penduduk di kawasan ini (Tanjong Batu) terpengaru­h dengan mereka yang tidak bertanggun­gjawab menghasut rakyat serta menabur bermacam-macam janji yang belum pasti,” katanya.

 ??  ?? HAMISA bersama penduduk Kg Tanjong Batu Laut selepas sesi dialog dengan penduduk.
HAMISA bersama penduduk Kg Tanjong Batu Laut selepas sesi dialog dengan penduduk.
 ??  ?? SALAH seorang penduduk memberitah­u permasalah­an beliau kepada Hamisa.
SALAH seorang penduduk memberitah­u permasalah­an beliau kepada Hamisa.
 ??  ?? SESI dialog bersama penduduk Kampung Tanjong Batu Laut.
SESI dialog bersama penduduk Kampung Tanjong Batu Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia