Utusan Borneo (Sabah)

Jangan mudah percaya berita tular di media sosial

-

SEREMBAN: Masyarakat diingatkan agar tidak mudah percaya dengan berita yang tular di media sosial kerana impaknya bukan sahaja kepada individu tetapi kepada negara, kata Pengerusi Jawatankua­sa BertindakK­emudahanAw­am, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an Negeri Sembilan Datuk Abu Ubaidah Redza.

Beliau berkata kebanyakan berita palsu yang disebarkan di media sosial bertujuan hanya untuk menarik perhatian pembaca tanpa memikirkan implikasin­ya kepada masyarakat.

“Dengan adanya portal SEBENARNYA.MY ia dapat menjadi medium untuk memberitah­u rakyat apa kisah yang sebenarnya berlaku.

“Saya percaya pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan menyekat berita yang sahih dan benar tetapi akan mengambil tindakan pada berita yang tidak benar kerana ia akan menggugat negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Siri Jelajah SEBENARNYA.MY di sini pada Isnin.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Paroi Mohd Ghazali Abd Wahid, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Sabarudin Yeop Hamza dan Ketua Wilayah Tengah MCMC Zahari Ismail.

Abu Ubaidah juga berharap supaya pihak MCMC terus komited dalam membendung gejala penyebaran berita palsu atau fitnah di internet.

SiriJelaja­hSEBENARNY­A. MY dianjurkan bagi mendekati komuniti tempatan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentinga­n dalam memilih berita dan mengesahka­n kandunganm­aklumatseb­elum berkongsi.

PortalSEBE­NARNYA.MY yang dilancarka­n pada 14 Mac tahun lepas, menghimpun­kan maklumat yang telah ditentukan kesahihann­ya oleh saluran rasmi atau agensi kerajaan yang berkenaan.

Setakat ini, lebih 20 juta hits diterima daripada 500,000 pelawat unik yang telah melayari portal ini. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia