Utusan Borneo (Sabah)

Fama Sabah tandatanga­ni IBR

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Satu majlis lafaz ikrar dan menandatan­gan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) secara sidang video di seluruh Malaysia turut diadakan di Pejabat Fama Sabah pada Selasa.

Perasmian secara langsung diadakan di Ibu Pejabat Fama Selangor yang disempurna­kan oleh Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Fama Haji Ribin Haji Wahid dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah Zulkifli Hamid.

Seramai 39 pegawai menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah pada majlis itu. KUALA LUMPUR: Seramai 33 orang anak-anak kanser dari Hospital Kuala Lumpur berumur tiga hingga 16 tahun hari ini menerima satu set My Qalam KIDS (al-Quran digital) setiap seorang bernilai RM250.

Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan AnakAnak Kanser (KIDS) Hamidah Tajudin berkata sumbangan melalui program My Qalam tersebut merupakan usaha pihaknya untuk menerapkan penguasaan al-Quran kepada anak-anak kanser dalam melawan penyakit mereka.

“Sakit yang mereka hidapi bukan menjadi penghalang untuk terus membaca alQuran setiap hari. Dengan adanya al-Quran digital ini lebih mudah dan cepat untuk mereka menguasai ilmu al-Quran.

Ini adalah program yang kedua selepas 20 anak-anak kanser menerima sumbangan yang sama pada Januari tahun lepas. Program hari ini juga sangat bermakna kerana 4 Feb adalah Hari Kanser Sedunia,” katanya pada majlis penyerahan My Qalam KIDS, di sini, pada Isnin.

Katanya dana bagi sumbangan al-Quran digital tersebut dikumpul daripada sumbangan pelbagai agensi, pertubuhan dan individu.

Seorang penerima Wan Nur Iman Wan Mohd Shukri, 6, berkata dia gembira kerana kini dapat mempelajar­i bacaan al-Quran melalui audio memandangk­an dia telah kehilangan keduadua matanya kerana pernah menghidap kanser mata atau Retinoblas­toma.

“Sebelum ini, saya hanya menghafal ayat-ayat al-Quran melalui bacaan ibu (Noraini Ahmad). Kini saya boleh belajar al-Quran sendiri dengar mendengar al-Quran digital ini,” katanya.

Ibnu Naufal Mazlan, 12, berkataal-Qurandigit­alitudapat membantuny­a memperbaik­i bacaan al-Quran dan seterusnya menyemarak­kan lagi citacitany­a untuk menjadi seorang pendakwah bebas.

“Selama ini, ayah (Mazlan Zainal) yang banyak ajar saya baca al-Quran. Kami akan membaca al-Quran bersama setiap kali selepas solat Maghrib,”katabekasp­enghidap Acute Lymphoblas­tic Leukemia itu. - Bernama

 ??  ?? RIBIN dan Zulkifli ketika melancarka­n IBR Fama Sabah.
RIBIN dan Zulkifli ketika melancarka­n IBR Fama Sabah.
 ??  ?? RIBIN menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah.
RIBIN menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah.
 ??  ?? PEGAWAI dan kakitangan Fama Sabah melafazkan IBR.
PEGAWAI dan kakitangan Fama Sabah melafazkan IBR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia