Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa, guru perlu peka perubahan perilaku kanak-kanak

-

SEREMBAN: Ibu bapa dan guru perlu peka dengan setiap perubahan tingkah laku anak dan pelajar yang mungkin mengalami kemurungan sehingga menyebabka­n mereka bertindak di luar batasan.

TimbalanMe­nteriPendi­dikan Datuk Chong Sin Woon berkata kepekaan ibu bapa dan guru amat penting kerana ia mampu membendung daripada berlaku kejadian tidak diingini.

Sambil merakamkan ucapan takziah di atas kematian Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang meninggal dunia dua hari lepas dipercayai didera, Chong berkata perkara seperti itu perlu diambil iktibar oleh masyarakat.

“Kita mengikuti perkembang­an siasatan polis yang akan menyiasat secara menyeluruh termasuk guru, pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaia­nsumbangan­Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI NS) di sini, pada Ahad.

Turut hadir Yang Dipertua PEKERTI NS Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin dan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Lim Chin Fui.

Aina Nabihah meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatka­n rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluargany­a di Lukut, Port Dickson, Khamis lepas.

Pemeriksaa­n ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti cedera buah pinggang, usus koyak serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Semalam, polis memperoleh perintah untuk mereman bapa dan ibu tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 34 tahun, selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Terdahulu pada majlis berkenaan, seramai 100 kanakkanak daripada keluarga kurang berkemampu­an di negeri ini menerima sumbangan duit raya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia