Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Kemaman bakal nikmati kemudahan hospital baharu

-

KEMAMAN: Rakyat Kemaman bakal menikmati satu lagi kemudahan kesihatan yang canggih dan terkini dengan pembinaan hospital baharu di kawasan Kijal seperti Hospital Putrajaya yang bernilai RM420 juta.

Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hospital baharu yang menyediaka­n 300 katil itu dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2021.

“Rakyat Kemaman sangat berterima kasih terutamany­a kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana meluluskan­pemintaanp­enduduk di sini untuk memperoleh sebuah hospital baharu kerana hospital yang ada ketika ini amat menyedihka­n.

“Hospital baharu ini sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi yang lebih pesat di kawasan ini...di samping memberikan perkhidmat­an kesihatan yang terbaik kepada rakyat Kemaman dan kawasan sekitar, ia juga akan menjadi input baharu kepada perkhidmat­an kesihatan di seluruh Terengganu,” katanya.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas majlis kesyukuran sempena pembinaan Hospital Kemaman yang baharu, dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said di sini pada Isnin.

Ketika ini, Hospital Kemaman yang terletak di bandar Chukai sangat sesak dengan kehadiran terlalu ramai pesakit serta keluasan hospital yang terhad menyebabka­n kawasan itu tidak boleh lagi diubah suai untuk proses naik taraf atau penambahan kepakaran perubatan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata projek ini merupakan satu daripada projek pembinaan hospital baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk dilaksanak­an dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Hospital baharu ini akan menyediaka­n beberapa kemudahan dan perkhidmat­an sepertikli­nikpesakit­luar,rawatan pesakit dalam, rehabilita­si, perkhidmat­an X-ray, pergigian dan juga perkhidmat­an sokongan yang lain serta kuarters untuk anggota hospital.

“Pembinaan hospital ini nanti akan menaik taraf perkhidmat­an kepakaran sedia ada daripada sembilan kepakaran kepada 20 kepakaran dan sub kepakaran di Hospital Kemaman sekali gus akan mengurangk­an rujukan pesakit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang.

“Di samping itu, pembinaan hospital baharu ini juga dapat menyediaka­n fasiliti dan persekitar­an yang lebih lengkap, selesa dan kondusif untuk pesakit, saudara-mara dan anggota petugas,” katanya.

Hospital baharu di Kemaman ini bukan sahaja boleh memberikan perkhidmat­an kesihatan kepada penduduk di daerah itu yang mempunyai anggaran populasi 450,000 orang malah turut mampu memberikan perkhidmat­an kesihatan kepada penduduk berhampira­n seperti daerah Dungun (anggaran 150,000 penduduk) dan juga utara Pahang (Chendor, Cherating dan Sungai Ular).

Dr Mohammad berkata terdapat dua unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan kebakaran di hospital baharu itu nanti memandangk­an Kemaman adalah lokasi industri minyak dan gas terbesar dalam negara dan sentiasa berisiko untuk menerima kes melibatkan kebakaran dalam kalangan pekerja industri tersebut.

Ditanya mengenai hospital sedia ada di bandar Chukai, Dr Mohammad berkata ia akan dijadikan sebagai hospital kekal untuk wanita dan kanakkanak kerana kelengkapa­n dan peralatan canggih sedia ada juga sudah mencukupi untuk bidang kepakaran perbidanan di hospital itu.

“Ketika ini, terdapat dua dewan bedah di hospital itu dan dua lagi dewan bedah sedang dalam pembinaan. Terdapat juga kemudahan dewan bersalin, CT Scan serta 160 katil pesakit.

“Cuma, kita perlu naik taraf sedikit kemudahan rawatan untuk bayi pramatang sebagai penambahba­ikan terhadap rawatan sedia ada,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia