Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama UTeM-Jepun pemangkin anjakan kepakaran kejurutera­an UTeM

-

MELAKA: Cadangan Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) menjalin kerjasama dengan Jepun dalam projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) merupakan peluang keemasan yang mampu menjadi pemangkin bagi menganjak tahap kepakaran kejurutera­an universiti itu.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata melalui usaha itu, tenaga pengajar UTeM dapat menimba pengetahua­n menerusi penempatan dengan penggiat industri ternama, selain bekerjasam­a dengan pelbagai pihak terutama institusi pendidikan tinggi dan penggiat industri ternama di Jepun.

Beliau berkata usaha kerjasama dengan Jepun, yang dikenali sebagai sebuah negara pelopor teknologi, adalah peluang keemasan yang boleh membuahkan hasil memberangs­angkan bagi meningkatk­an kepakaran kejurutera­an universiti itu ke tahap baharu bagi memenuhi cabaran Revolusi Industri 4.0.

Katanya ini dapat dilihat apabilaUTe­Mmeraihpul­angan memberangs­angkan terutama dalam usaha meningkatk­an kepakaran, hasil kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi dan penggiat industri ternama di Jepun seperti seperti Yokoshima National University, University of Tokushima dan Konica Minolta Inc selama ini.

“Pada masa ini, 18 staf akademik menyambung pengajian di peringkat tertinggi di Jepun, malah UTeM menawarkan pengajian bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga. Kerjasama dan semua usaha yang dilakukan ini secara langsung menyemai budaya kerja masyarakat Jepun yang terkenal dengan ketekunan dan disiplin tinggi,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Bernama baru-baru ini melaporkan Jepun menyasarka­n tiga universiti tempatan, antaranya UTeM, sebagai rakan mewujudkan pusat-pusat latihan bagi melahirkan tenaga kerja mahir bagi projek HSR dan langkah itu juga menjadi teras pemindahan teknologi dan pelan pembanguna­n modal insan dari Jepun, sekiranya negara itu memenangi bidaan projek HSR.

Dua lagi universiti ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ketiga-tiga universiti itu dipilih kerana terletak di dalam jajaran HSR.

Shahrin berkata peluang mempelajar­i teknologi di sebalik sistem pengangkut­an kereta api kelajuan tinggi Shinkansen di Jepun, antara lain membolehka­n UTeM mempelajar­i pengurusan pengoperas­ian sistem kejurutera­an tinggi dengan lebih cekap dan berkesan.

Katanya dalam melaksanak­an tanggungja­wab sebagai pusat pembanguna­n modal insan dan pemindahan teknologi untuk projek HSR, UTeM memerlukan lebih banyak jaringan strategik daripada pelbagai pihak menerusi jalinan kerjasama.

“UTeM juga perlu mempunyai makmal berkaitan teknologi khusus di setiap fakulti selain pembanguna­n infrastruk­tur bagi menaik taraf keupayaan makmal UTeM. Selain itu pertukaran staf antara universiti dan pemain industri juga perlu diteruskan, malah diperluas,” katanya.

Shahrin berkata projek HSR melibatkan bidang kejurutera­an utama iaitu pembuatan, elektrik, elektronik, mekanikal, teknologi kejurutera­an, dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dengan pengajian bidang-bidang itu ditawarkan universiti tersebut.

“Bidang ini akan beroleh manfaat daripada teknologi dijanaproj­ekHSR.Pengalaman dan pendedahan baharu dalam bidang pengkhusus­an tertentu juga dapat ditingkatk­an, contohnya, melibatkan sistem elektronik, sistem telekomuni­kasi, sistem kualiti, kuasa industri dan banyak lagi.

“UTeM antara lain mempunyai kepakaran kejurutera­an mekanikal. Justeru melalui teknologi baharu yang diperoleh menerusi projek HSR secara langsung meningkatk­an pengalaman penggunaan teknologi baharu seterusnya meningkatk­an kualiti kepakaran universiti ini,” katanya.

Projek HSR, yang merupakan usaha sama antara Malaysia dan Singapura bernilai antara RM50 bilion dan RM60 bilion itu, dijadual memulakan operasi menjelang 2026.

HSR boleh memendekka­n masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada 90 minit berbanding antara empat dan lima jam melalui jalan raya.

Mengulas mengenai persediaan UTeM, Shahrin berkata sebagai sebuah universiti bersifat teknikal, UTeM sentiasa mengambil langkah terbuka untuk menerima pemindahan teknologi baharu dalam usaha mempersiap­kan universiti itu menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

Beliau berkata UTeM telah meletakkan fokus kepada konsep pendidikan tinggi teknikal terutamany­a dalam bidang teras kejurutera­an, dan teknologi projek HSR adalah bagai ‘bersua beliung dengan sangkal’ iaitu sesuai dengan fokus yang diletakkan universiti tersebut.

“UTeM menjalin kerjasama dengan pemain industri termaju di peringkat tempatan mahupun antarabang­sa dan telah membuktika­n keupayaann­ya melaksanak­an pelbagai projek berimpak tinggi khususnya untuk masyarakat setempat,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, UTeM menjalin kerjasama strategik bersama pemain industri termaju terutamany­a dalam bidang teknologi tinggi antaranya Samsung, Infineon, Siemens, Lotus, STMicroele­ctronics dan Composites Technology Research Malaysia (CTRM).

Shahrin berkata UTeM juga mempunyai pelbagai kepakaran teknologi kejurutera­an terutama dalam bidangtuja­hanutamaun­iversiti itu iaitu pembuatan termaju dan komputeran yang mampu memberi manfaat kepada projek HSR. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia