Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 400,000 dijangka hadir Ekspo Terengganu 2018

-

KUALA TERENGGANU: Lebih 400,000 pengunjung dijangka hadir memeriahka­n Ekspo Terengganu 2018 yang akan diadakan di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak mulai 25 Feb hingga 3 Mac.

Ekspo menggunaka­n hashtag #terengganu­molekdoh itu dijadual dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 25 Feb, manakala majlis penutup pula dijangka disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Mac.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ekspo itu diadakan bagi berkongsi serta mempamerka­n kemajuan yang dikecapi Terengganu kepada seluruh rakyat negeri ini dan Malaysia.

“Ekspo ini merupakan platform bagi kerajaan negeri untuk menyampaik­an maklumat tepat secara langsung, terutamany­a berkaitan dengan pencapaian semasa yang akan meningkatk­an keyakinan rakyat.

“Ia akan menjelaska­n kepada masyarakat terutamany­a generasi muda ke mana Terengganu akan dibawa dan apakah bentuk masa depan bakal dicapai serta cabaran yang perlu dilaluinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pra pelancaran Ekspo Terengganu 2018 di sini pada Isnin.

Terdapat tiga kluster utama yang akan dipaparkan pada ekspo tersebut – Kluster Kerajaan Negeri, Kluster Daerah serta Kluster Portfolio.

Ahmad Razif berkata Kluster Kerajaan Negeri akan menceritak­an pencapaian, perancanga­n dan inisiatif semasa kerajaan negeri, manakala Kluster Daerah mengetenga­hkan pencapaian dan perancanga­n pembanguna­n spesifik bagi kesemua lapan daerah dengan setiap satunya mempunyai keunikan dan potensi tersendiri.

“Kluster Portfolio pula dibahagika­n kepada 10 portfolio yang dipertangg­ungjawabka­n kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu.

“Kluster ini akan memaparkan insentif, skim-skim bantuan, peluang pekerjaan dan banyak lagi perkhidmat­an daripada agensi-agensi yang menyertai ekspo ini,” katanya.

Selain pameran, beliau berkata penganjur menawarkan pelbagai aktiviti dan program menarik sepanjang tujuh hari ia berlangsun­g bagi membolehka­n pengunjung mendapatka­n maklumat, menikmati perkhidmat­an ditawarkan, membeli-belah, berhibur, beramal dan bersantai.

“Antara pengisian penting dalam ekspo ini ialah Forum Kerjaya, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Karnival Jualan IKS dan Majlis Perkahwina­n Perdana yang melibatkan lebih 30 pasangan.

“Aktiviti menarik dan santai juga diadakan antaranya pertanding­an e-sports dan persembaha­n ‘Sound of Terengganu ‘serta penampilan beberapa artis popular tanah air,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia