Utusan Borneo (Sabah)

Laluan KM16 Jemaluang-Mersing dinaik taraf, kurangkan kemalangan

-

MERSING: Laluan KM16 Jemaluang-Mersing yang runtuh akibat hujan lebat berterusan bulan lepas akan dinaik taraf supaya kukuh dan selamat dilalui pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata langkah menaik taraf itu merupakan penyelesai­an jangka panjang terhadap laluan berkenaan.

“Selain berlaku runtuhan, laluan ini juga dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan. Jadi, kita setuju untuk mereka bentuk laluan. Kita akan besarkan laluan sebelah manakala bahagian laluan yang runtuh itu akan ditambak semula supaya kukuh,” katanya kepada pemberita selepas meninjau laluan berkenaan di sini pada Isnin.

Hadir sama Anggota Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Tenggaroh K.Raven Kumar.

Fadillah berkata reka bantuk laluan itu akan mengambil kira pelbagai aspek bagi mengatasi kemalangan jalan raya selain aspek keselamata­n lain termasuk memasang penghadang besi jalan.

“Kita kena kaji tanah dan bila reka bentuk siap dengan peruntukan yang diluluskan, kita jangkakan kerja menaik taraf laluan ini siap dalam tempoh enam bulan sehingga setahun,” katanya.

Fadillah berkata, laluan sementara di KM16 tersebut dibuka sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan selepas pembaikan dilakukan.

Beliau berkata laluan yang dibaiki dengan kos RM2.5 juta itu mula dibenarkan dilalui kenderaan ringan pada 31 Jan lepas manakala kenderaan berat, pada Isnin.

Hujan yang berterusan selama beberapa hari berturut-turut mengakibat­kan cerun di laluan itu runtuh pada 15 Jan yang menyebabka­n laluan ditutup kepada semua kenderaan, katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata kementeria­nnya akan mengemukak­an cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk membuat jalan pintas menghubung­kan bandar Mersing-Kuantan.

Beliau berkata jalan pintas melalui kawasan kampung itu bertujuan mengurangk­an kesesakan di bandar Mersing. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PEMANDANGA­N dari udara yang diambil sendiri oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ahmad Shah ketika melawat cerun runtuh yang menyebabka­n separuh jalan utama di KM30 Jalan Sungai Koyan-Ringlet ditutup kepada semua kenderaan, pada Isnin.
-Gambar Bernama PEMANDANGA­N dari udara yang diambil sendiri oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ahmad Shah ketika melawat cerun runtuh yang menyebabka­n separuh jalan utama di KM30 Jalan Sungai Koyan-Ringlet ditutup kepada semua kenderaan, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia