Utusan Borneo (Sabah)

Limau mandarin tradisi pengukuhan kaum sempena TBC

-

MIRI: Limau mandarin menjadi simbol pengukuhan kaum lebih-lebih lagi ia antara sumbangan utama kepada orang ramai ketika menyambut Tahun Baharu Cina (TBC).

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, sudah menjadi tradisi SUPP Sarawak mengedarka­n limau mandarin kepada orang ramai.

“Kami mengedarka­n limau mandarin kepada rakyat pelbagai kaum dan bagi kepercayaa­n masyarakat Cina, mengagihka­n limau mandarin ini membawa nasib yang baik,” katanya di sini pada Ahad.

Tradisi ini telah dilaksanak­an sejak bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan menjadi presiden SUPP.

“Tradisi ini masih dikekalkan sehingga hari ini khasnya di Miri kerana selain mengedarka­n limau, kita juga dapat mengeratka­n hubungan,” jelasnya.

Limaumanda­rindiagihk­an kepada orang awam di kedai kopi, tamu, pasar ikan dan kawasan komersial Miri sejak dua hari lalu.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin berharap TBC tahun ini memberi nasib yang baik serta ekonomi negara turut berkembang.

“Selain mengharapk­an ekonomi terus berkembang, kita juga berharap rakyat pelbagai kaum terus hidup bersatu padu dalam suasana harmoni,” jelasnya.

Pada masa sama, rakyat Sarawak juga digesa terus menyokong usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg membangunk­an ekonomi digital.

“Rakyat pelbagai kaum di Sarawak perlu berganding bahu membantu kerajaan merancakka­n ekonomi digital yang lebih mapan,” jelasnya.

Hal ini katanya, disebabkan ekonomi yang berkembang pesat akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam membangunk­an infrastruk­tur.

 ??  ?? LEE (tiga kanan) bersama pasukan SUPP Miri mengedarka­n limau mandarin kepada peniaga di Tamu Padang Kerbau .
LEE (tiga kanan) bersama pasukan SUPP Miri mengedarka­n limau mandarin kepada peniaga di Tamu Padang Kerbau .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia