Utusan Borneo (Sabah)

Perbanyakk­an pusat rehat, jagaan ibu bersalin

-

KUCHING: Lebih banyak pusat rehat dan jagaan untuk ibu yang baharu bersalin bersama bayi mereka perlu diwujudkan di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia kerana terdapat keperluan terhadap perkhidmat­an seperti itu pada masa ini, terutama di kawasan bandar.

Menurut beliau, keperluan terhadap perkhidmat­an tersebut wujud disebabkan perubahan struktur keluarga di mana kebanyakan pasangan suami isteri sudah tinggal di rumah sendiri.

“Dahulu banyak pasangan tinggal dengan keluarga dan apabila isteri bersalin, mereka dan bayi akan dijaga oleh ibu atau ibu mentua.

“Tetapi sekarang terutama di bandar, pasangan lebih cenderung tinggal di rumah sendiri dan apabila beranak, si ibu dan bayinya akan berdepan masalah untuk dijaga.

“Maka itu, wujud keperluan untuk perkhidmat­an jagaan ibu yang baharu bersalin dan bayi mereka sekarang,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan pembukaan rasmi Tulip Mama House di sini, pada Ahad.

Justeru, Fatimah memuji inisiatif Tulip Mama House yang menjadi pusat rehat untuk ibu lepas bersalin dan penjagaan bayi yang pertama di Sarawak.

Selain menawarkan perkhidmat­an penjagaan ibu lepas bersalin dan bayi menggunaka­n tenaga jururawat profesiona­l, Tulip Mama House juga menyediaka­n pelbagai keperluan untuk ibu dan bayi mereka termasuk dari segi nutrisi makanan.

Malah, ia turut dilengkapi dengan kamera litar tertutur (CCTV) dan sistem penggera sebagai langkah keselamata­n yang ketat khususnya terhadap bayi yang ditempatka­n di situ.

Dalam pada itu, Fatimah turut menyeru pusat yang terletak berhampira­n kawasan komersial 101 itu agar menekankan amalan penyusuan susu ibu untuk bayi masingmasi­ng.

“Kerajaan sekarang amat menekankan penyusuan susu ibu untuk bayi dan saya berharap Tulip Mama House akan dapat memberi tunjuk ajar khususnya kepada ibu yang pertama kali melahirkan anak,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH memotong reben sebagai simbolik pembukaan rasmi Tulip Mama House di Kuching.
FATIMAH memotong reben sebagai simbolik pembukaan rasmi Tulip Mama House di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia