Utusan Borneo (Sabah)

KPWKM tawar perkhidmat­an penuhi keperluan kumpulan sasar

-

SRI AMAN: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merangka pelbagai inisiatif melalui program turun padang serta menawarkan penyampaia­n perkhidmat­an bagi memenuhi keperluan kumpulan sasar.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sesuatu yang menarik tahun ini ialah pihaknya memperkena­lkan Program ‘Touch Points’ (Titik Sentuhan) antaranya melalui Karnival Sukan Rakyat.

“Karnival berkonsepk­an sukan rakyat serta pameran jabatan atau agensi merupakan usaha menyebar luas perkhidmat­an, peranan, fungsi daninisiat­ifdilaksan­akanKPWKM,” katanya pada Karnival Sukan Rakyat di sini, pada Ahad.

Ahli Parlimen Batang Lupar itu berkata, idea Karnival Sukan Rakyat itu sebenarnya datang daripada beliau sendiri.

“Saya memohon jabatan dan agensi di bawah kementeria­n saya mengenal pasti beberapa kawasan dan kampung-kampung sesuai untuk diadakan aktiviti ini,” jelasnya.

Beliau berkata, Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) memperkena­lkan beberapa permainan sukan rakyat yang mencabar.

Karnival Sukan Rakyat bagi merapatkan hubungan ahli keluarga serta komuniti melalui aktiviti sukan tanpa sebarang gajet.

“Aktiviti seperti zaman kanakkanak dahulu sering bermain pelbagai permainan tradisiona­l tetapi meluangkan masa lebih berkualiti bersama ahli keluarga,” katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh serta pegawai-pegawai kanan KPWKM lain.

Rohani turut menyampaik­an geran kerajaan kepada 13 pertubuhan bukan kerajaan, kelab, persatuan serta JKKK berjumlah RM118,500.

 ??  ?? ROHANI (tiga kiri) menyampaik­an geran kerajaan kepada salah seorang penerima.
ROHANI (tiga kiri) menyampaik­an geran kerajaan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia