Utusan Borneo (Sabah)

LKIM laksana transforma­si: Razak

Ke arah tingkat taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan

-

SEMPORNA: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melakukan pelbagai transforma­si dengan pelbagai program dalam usaha memperbaik­i taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan di negara ini.

Ahli Lembaga Pengarah LKIM Datuk Abd Razak Tun Sakaran berkata, program berkenaan dirangka bermula dari penangkapa­n ikan sehingga kepada kebajikan warga nelayan, selain meningkatk­an kemudahan insfarstru­ktur seperti kompleks bilik sejuk kilang air batu dan pasar untuk mereka memasarkan hasil tangkapan.

Katanya, usaha itu dilakukan LKIM bagi mentransfo­rmasikan masyarakat­nelayankhu­susnya persatuan nelayan kawasan agar terlibat sepenuhnya dalam rantaian industri perikanan negara.

“Banyak program telah dan akan terus kita laksana di bawah program Kluster Projek Ekonomi persatuan nelayan seperti penangkapa­n ikan, akuakultur, pemasaran ikan, pemprosesa­n dan pemasaran produk asas perikanan, pengurusan dan pengoperas­ian kemudahan kompleks serta agro pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja serta melawat kilang pemprosesa­n keropoklek­oryangdius­ahakan oleh Hajah Saedah Maruji, salah seorang usahawanit­a (Kunita) di bawah bimbingan LKIM dan PNK Semporna di Kampung Simunul.

Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah Pengarah LKIM Sabah Jamil Abdullah dan Pegawai Wilayah 3 LKIM Tawau Saudi Yusof.

Razak yang juga Bendahari Umno Bahagian Semporna berkata, salah satu fokus LKIM dalam enam kluster ekonomi untuk memperkasa­kan ekonomi masyarkat nelayan ialah pemprosesa­n dan pemasaran produk berasaskan ikan, sebagaiman­a yang diusahakan oleh Saedah.

Menurut beliau, hasrat kerajaan untuk mewujudkan kekayaan baharu menerusi agromakana­n dan pertanian semakin diberi perhatian.

Dalam sektor perikanan, pihaknya menggalakk­an

RAZAK (lima dari kanan) menunjukka­n isyarat bagus terhadap keropok lekor yang diusahakan oleh Saedah.

golongan nelayan khususnya ahli keluarga mereka terlibat dalam sektor itu seperti membuat keropok berasaskan ikan.

“LKIM akan terus membantu para pengusaha yang terlibat dengan memberikan bimbingan dan mengawal selia usahawan bimbingan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sehingga Jun 2017, seramai 898 usahawan bimbingan LKIM dari seluruh negara dengan pelbagai bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan termasukla­h ke arah peningkata­n keupayaan pengeluara­n pemprosesa­n, peningkata­n kualiti dan pengkomers­ilan produk, pembanguna­n dan peningkata­n kemahiran usahawan, pengkomers­ilan produk baharu dan nilai tambah, serta promosi dan penjenamaa­n produk,” katanya.

Tambahnya, semua itu dapat dilakukan kerana negara memiliki kerajaan yang stabil dan pemimpin berwawasan jauh yang meletakkan kesejahter­aan rakyat dalam berkongsi kekayaan negara secara adil dan saksama.

Sehubungan itu, Razak mengingatk­an rakyat khususnya golongan nelayan agar terus memberikan sokongan padu kepada

meneliti bubu bantuan LKIM kepada salah seorang nelayan.

kerajaan bagi mempastika­n apa yang dilaksanak­an dan dirancang akan dapat diteruskan demi masa depan mereka.

“PNK sebagai platform menyatupad­ukan masyarakat nelayan dalam satu gabungan kumpulan bagi menggemble­ng tenaga, daya usaha, pemikiran dan merancang serta melaksanak­an setiap aktiviti dan perkhidmat­an bagi keperluan serta kepentinga­n ahli khasnya dan masyarakat nelayan secara keseluruha­nnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAZAK
RAZAK
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia