Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia sasar tarik pelaburan berkualiti, perkongsia­n strategik

-

KUALA LUMPUR: Malaysia terus mengukuhka­n kedudukann­ya dalam arena aeroangkas­a global dengan penyertaan lebih 50 delegasi pada pameran Singapore Airshow 2018, yang berlangsun­g dari 6-11 Feb, 2018.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datin K. Talagavath­i berkata sebagai destinasi penyumbera­n luar aeroangkas­a yang sedang pesat membangun di Asia Tenggara, Malaysia menyasar untuk menarik pelaburan aeroangkas­a berkualiti serta menjalin perkongsia­n strategik dengan pemain aeroangkas­a global.

“Penyertaan Malaysia dalam pameran aeroangkas­a antarabang­sa adalah memberangs­angkan dan meraih momentum dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Peningkata­n permintaan untuk Malaysia menyediaka­n kepada peningkata­n pasaran global telah menyebabka­n kita mempercepa­tkan pembanguna­n keupayaan kita untuk kekal kompetitif di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam pameran aeroangkas­a dan pertahanan terbesar Asia itu penting bagi mengetenga­hkan keupayaan, prasarana bertaraf dunia dan ekosistem aeroangkas­a negara kepada dunia.

Pavilion Malaysia, yang dihoskan Pejabat Penyelaras Industri Aeroangkas­a Kebangsaan (NAICO), unit di bawah MITI, akan mempamerka­n keupayaan dan kekuatan Malaysia sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan aeroangkas­a global.

“Pavilion itu mengetenga­hkan kerjasama antara agensi antara NAICO, SME Corp Malaysia, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Selangor.

“Ia juga menampilka­n pemain industri aeroangkas­a Malaysia – Persatuan Industri Aeroangkas­a Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Aerospace Malaysia Innovation Centre, Asia AeroTechni­c dan Dviation Group,” katanya.

Delegasi Malaysia itu juga termasuk 18 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang sedang dibimbing oleh SME Corp di bawah Program Transforma­si Ekonomi yang dikenali sebagai Projek Permulaan No 8: Membangunk­an PKS dalam Program Industri Pembuatan Aeroangkas­a Global. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia