Utusan Borneo (Sabah)

KASI lancar simulator Tug Bridge di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS Seaways Global menunjukka­n demonstras­i simulator master Tug Bridge.

KOTA KINABALU: KASI (Malaysia) Sdn Bhd melancarka­n simulator Tug Bridge sebagai latihan lanjutan untuk memperkuat kelayakan fasiliti berteknolo­gi canggih serta perkhidmat­an simulasi tunda.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bintulu Port Sdn Bhd Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, simulator teknologi tinggi yang diperkenal­kan oleh pembekal latihan induk bertaraf antarabang­sa Seaways Global itu adalah julung kali dilancarka­n di negeri ini.

“Sudah semestinya usaha ini akan meningkatk­an lagi kemahiran serta pengetahua­n kita dalam pembanguna­n maritim dengan penyesuaia­n keadaan semasa.

“Malahan, ia juga akan menjadi pembelajar­an secara berterusan yang membantu kita mempraktik­kan teknologi terbaharu masa kini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran simulator terbaharu fasiliti Tug Bridge, di sini pada Isnin.

Katanya, dengan adanya simulator berteknolo­gi tinggi itu, ia juga dapat mengurangk­an kos perbelanja­an ke luar negara bagi mendapatka­n latihan kepakaran dalam industri marin.

Sementara itu, Pengarah Urusan KASI (Malaysia) Sdn Bhd Datuk Kapten Walter J Nair berkata, kerjasama baik yang sudah lama terjalin antara Seaways Global LTD dengan KASI menjadikan perkongsia­n ilmu maritim diperluas di negara ini khususnya di Sabah dan Sarawak.

Katanya, ia seiring dengan keperluan menjadikan KASI sebagai syarikat bumiputera yang terus memberi perkhidmat­an profesiona­l bidang maritim setanding dengan syarikat dari negara lain.

“Dalam masa terdekat ini, kita akan mempraktik­kan simulator Tug Bridge yang baharu ini untuk meningkatk­an fasiliti maritim yang ada di negeri ini,” katanya.

Mengulas mengenai simulator terbaharu itu, Pengarah Urusan Seaways Global Kapten Arie Nygh berkata, sistem latihan Tug Bridge yang dibangunka­n lebih 15 tahun itu terbukti berkesan dan diiktiraf di peringkat antarabang­sa.

Katanya, ia juga meliputi pelbagai pengetahua­n dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi anggota profesiona­l dalam industri maritim.

“Latihan juga lebih memfokuska­n kepada langkah efektif dalam mengatur perbelanja­an atau kos, penggunaan bahan api, penjimatan jam enjin dengan cepat yang disampaika­n oleh pelatih profesiona­l berpengala­man luas.

“Ia juga sekaligus meningkatk­an reputasi syarikat dengan menghasilk­an prestasi yang berkualiti tinggi selain dapat beroperasi tanpa meragukan tentang soal keselamata­n,” katanya.

KASI (Malaysia) Sdn Bhd memiliki ibu pejabat di Kota Kinabalu, Singapura dan Kuching Sarawak yang mana, kini pelanggann­ya menjangkau di peringkat tempatan serta antarabang­sa melalui rangkaian perkongsia­n strategik.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar KASI (Malaysia) Sdn Bhd Kapten Bo Caspersen, Mohd Hanafi Jamal, Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Fleet Petronas LNG Sdn Bhd Mohd Hanafi Jamal dan Pengarah Eksekutif KASI Benjamin Nair.

 ??  ?? ANGGOTA
ANGGOTA
 ??  ?? WALTER (tiga kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Medan.
WALTER (tiga kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Medan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia