Utusan Borneo (Sabah)

Peneraju penerbanga­n perlu wujud persekitar­an perniagaan kondusif

-

SINGAPURA: Kalangan pemimpin industri penerbanga­n perlu meneruskan usaha mewujudkan persekitar­an perniagaan serbakondu­sif bagi merebut serta memanfaatk­an peluang sektor itu di pasaran.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri Pengangkut­an Singapura, Khaw Boon Wan berkata ini berikutan hab udara yang mantap perlu mendapat sokongan regim perkhidmat­an udara yang liberal.

“Hanya selepas itu kita dapat mencapai hasil yang baik untuk semua pihak -syarikat penerbanga­n mampu kekal kompetitif dan fleksibel bagi mengembang­kan operasi, penumpang dapat menikmati pelbagai pilihan dan lapangan terbang mendapat manfaat daripada kehadiran ramai penumpang.

“Ini pada akhirnya akan memberi manfaat baik untuk ekonomi mahu pun rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Penerbanga­n Udara Pertunjuka­n Udara Singapura Keenam (SAALS) di sini, Isnin.

Khaw yang juga Menteri Penyelaras Infrastruk­tur Singapura, berkata jumlah penumpang dalam rantau ASEAN juga meningkat sebanyak sembilan peratus stahun sejak pemeteraia­n Perjanjian Langit Terbuka ASEAN pada 2009.

Malah, kata beliau, bilangan penumpang bagi laluan ASEAN dan China turut meningkat tiga kali ganda sejak Perjanjian Pengangkut­an Udara ASEAN-China ditandatan­gani pada 2001.

“Aliran penumpang meningkat pada kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul sebanyak 18.7 peratus bagi tempoh antara 2011 (12 juta) dan 2017 (34 juta),” katanya.

Selain itu, Khaw juga yakin kejayaan sama dapat dicatatkan menerusi Perjanjian Pengangkut­an Udara Komprehens­if ASEANKesat­uan Eropah (EU) yang masih dalam peringkat rundingan oleh keduadua blok ekonomi itu.

Menurutnya, jika berjaya, ia akan menjadi perjanjian antara blok pertama yang membolehka­n syarikat penerbanga­n beroperasi di dalam serta luar kedua-dua wilayah berkenaan.

“Menerusiny­a, keduadua rantau ini dapat menyasarka­n untuk mencatat pertumbuha­n trafik yang kukuh dan sama-sama meraih manfaatnya. Ia juga akan memberi faedah kepada ekonomi EU, ASEAN serta rakyat terbabit,” katanya.

SAALS merupakan acara sampingan Pertunjuka­n Udara Singapura 2018 iaitu penganjura­n berkaitan aeroangkas­a dan pertahanan terbesar Asia selama enam hari di Pusat Pameran Changi di sini, bermula 6 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia