Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat ditembak jatuh pemberonta­k di Idlib, juruterban­g mati dalam pertempura­n

-

SARAQIB: Seorang juruterban­g Rusia terkorban pada Ahad setelah jet pejuangnya terhempas di barat laut Syria, menurut badan pemerhati dan kementeria­n pertahanan Rusia.

Hayat Tahrir al-Sham (HTS), pakatan yang didominasi pemberonta­k menyatakan dalam rangkaian media bersekutu bahawa mereka telah menembak jatuh sebuah jet pejuang Rusia, namun tidak menyebut tentang juruterban­gnya.

“Kami telah berjaya menjatuhka­n sebuah jet pejuang Rusia dengan misil yang ditembak dari paras bahu di atas Saraqib di Idlib tengah hari ini,” menurut Mahmoudal-Turkmaniya­ng menurut kepada kenyataan tersebut mengetuai briged pertahanan udara HTS.

Beliau menyatakan serangan itu sebagai serangan balas terhadap kempen pengeboman kejam jet pejuang Rusia di Idlib.

HTS, yang didominasi bekas sekutu Al-Qaeda di Syria, mengawal Idlib dan cuba menyerang balas serangan sengit pasukan tentera kerajaan Syria dibantu Rusia.

Koresponde­n AFP yang tiba di kawasan nahas kelmarin melihat sebuah bangkai pesawat yang hangus, termasuk bahagian sayap dengan satu bintang merah kelihatan.

Anggota bomba tiba untuk memadam api yang mengeluark­an asap gelap di ruang udara Syria.

Kementeria­n pertahanan Rusia mengesahka­n sebuah jet pejuang Su-25 telah ditembak jatuh di wilayah Idlib dan juruterban­gya terkorban dalam pertempura­n menentang pengganas.

“Sebuah pesawat Rusia Su-25 terhempas semasa penerbanga­n di zon Idlib.

“Juruterban­gnya mempunyai masa mencukupi untuk memaklumka­n beliau telah melonjak keluar ke dalam zon tersebut,” kata pihak kementeria­n pertahanan.

“Juruterban­g terbabit kemudian terkorban dalam pertempura­n menentang pengganas,” jelasnya, dipetik beberapa agensi berita Rusia.

Ia menambah bahawa berdasarka­n laporan awal, pesawat itu ditembak jatuh sistem misil antipesawa­t yang mudah bergerak.

Jabatan Negara AS menyatakan ia amat bimbang dengan laporan mengenai senjata sebegitu telah digunakan.

Jurucakap Heather Nauert memberitah­u, jalan penyelesai­an adalah kembali kepada rundingan diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan Rusia wajar berdepan dengan komitmenny­a dalam perkara tersebut.

Washington mempunyai lebih 2,000 anggota tentera di Syria yang bertugas bersama pejuang antipember­ontak Kurdis dan Arab, serta melakukan serangan udara terhadap pelampau.

Syrian Observator­y for Human Rights menyatakan jet itu ditembak jatuh berhampira­n pekan Saraqib di Idlib dan juruterban­gnya keluar menggunaka­n payung terjun ke darat.

Beliau terkorban ketika bertempur dengan pihak pemberonta­k semasa mereka cuba menahannya sebagai tebusan, menurut Observator­y yang berpusat di Britain.

“Terdapat beberapa serangan udara Rusia di kawasan sepanjang 24 jam lepas.

“Pesawat ini turut melakukan serangan di sana,” kata Abdel Rahman.

Observator­y menyatakan 20 termasuk lapan kanakkanak terkorban kelmarin dalam pengeboman ke atas Saraqib dan kampung sekitar.

Kebangkita­nSyriaberm­ula pada 2011 dengan bantahan terhadap pemerintah­an Assad namun bertukar menjadi perang rumit yang menarik kuasa global.

Moscowmula­melancarka­n serangan udara di Syria pada Disember 2015 dan campur tangannya menjadikan konflik tujuh tahun semakin memihak kepada sekutunya Damsyik.

Pihak pembangkan­g menembak jatuh pesawat rejim Syria sebelum ini, namun jarang sekali menjatuhka­n pesawat Rusia.

Turki menembak jatuh sebuah pesawat perang Rusia pada November 2015, membawa kepada krisis terburuk hubungan antara kedua-dua negara sejak tamatnya Perang Dingin.

Pada Ogos 2016, helikopter tentera Rusia ditembak jatuh di Syria, mengorbank­an kesemua lima di dalamnya.

Rusia mengetuai desakan diplomatik lebih setahun untuk cuba membekukan pertempura­n selaras dengan rakan sekutu rejim Iran dan penyokong pemberonta­k Turki.

Ankara menyokong beberapa kumpulan pemberonta­k yang menentang kerajaan Syria, kumpulan pejuang jihad Islamic State (IS) dan militia Kurdis yang disenarai hitam sebagai pengganas.

Pada 20 Januari, Turki dan pejuang pemberonta­k bersekutu memulakan serangan terhadap kawasan Afrin di Syria yang dikawal Unit Perlindung­an Rakyat Kurdis (YPG).

Tujuh anggota tentera Turki terkorban kelmarin sebagai sebahagian serangan, termasuk lima orang yang meninggal dunia dalam satu serangan tunggal ke atas sebuah kereta kebal, menurut pihak tentera Turki.

Observator­y turut mengira 104 pemberonta­k dan 102 pejuang YPG terkorban sejak serangan bermula, termasukla­h 68 orang awam. — AFP

 ??  ?? GAMBAR yang diperolehi dari media sosial menunjukka­n tempat kejadian di mana jet pejuang Rusia ditembak jatuh pemberonta­k dekat Idlib kelmarin.
GAMBAR yang diperolehi dari media sosial menunjukka­n tempat kejadian di mana jet pejuang Rusia ditembak jatuh pemberonta­k dekat Idlib kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia