Utusan Borneo (Sabah)

Akan membintang­i filem anime

-

NINTENDO di Jepun pada Khamis lepas berkata ia sedang mengusahak­an sebuah filem anime yang dibintangi watak permainan video ikonik Super Mario dalam kolaborasi dengan studio yang bertang-gungjawab bagi siri ‘Despicable Me’ di Amerika Syarikat.

Shigeru Miyamoto, pencipta tersohor permainan ‘Super Mario Bros’ dan ‘Donkey Kong’ di syarikat permainan video gergasi yang berpangkal­an di Kyoto, telah bekerja dengan Chris Meledandri di Illuminati­on Entertainm­ent untuk menghasilk­an anime Mario.

“Orang memberitah­u saya bahawa membuat permainan adalah sama seperti membuat filem dan saya rasa berbesar hati apabila orang menyebut sesuatu seperti ‘Jika anda dapat membuat permainan, anda dapat membuat filem’,” kata Miyamoto kepada pemberita di Tokyo.

“Namun ia adalah berbeza sama sekali,” kata pencipta itu yang ada pengalaman mengarah filem pendek sebelum ini.

“Satu adalah interaktif manakala satu lagi adalah satu pengalaman pasif,” katanya, dan memberitah­u pembikinan filem memerlukan pakar pembikinan filem dan Meledandri merupakan seorang “penerbit berpengala­man”.

Sejak sedekad lalu, Meledandri telah menerbitka­n siri ‘Despicable Me’, ‘The Secret Life of Pets’ dan filem hit box-office lain.

“Saya menjalin hubungan baik dengannya. Namun ia memakan masa lebih dua tahun untuk membuat pengumuman sejak kami bersetuju untuk membuat sesuatu bersama,” katanya.

Miyamoto berkata dia dan Meledandri sudah mencapai kemajuan dalam penerbitan tetapi tarikh pengeluara­n belum lagi ditetapkan.

Beliau berkata mereka akan membatalka­n projek itu jika mereka memutuskan mereka tidak dapat membuat sebuah filem “yang menghiburk­an”, katanya.

“Kami sudah membincang­kan skripnya banyak kali dan mencapai kemajuan yang agak jauh … antara kedua-dua kami,” katanya.

Bila siap nanti, filem itu akan diedarkan oleh Universal Pictures, kata Miyamoto.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Nintendo mencatatka­n pendapatan yang begitu tinggi hasil jualan mantap tajuk-tajuk perisian dan konsol Switch baharu.

Jualan global bagi tajuk Super Mario Odyssey untuk Switch mencecah sembilan juta sejak ia dilancarka­n pada Oktober lalu.

Miyamoto memberitah­u taklimat itu bahawa “matlamat mutlak” syarikat adalah agar semua orang memiliki konsol Switch untuk kegunaan mereka sendiri.

Nintendo juga berkata ia merancang untuk mengeluark­an tajuk baharu Mario Kart bagi telefon bimbit dalam tahun bermula April.

Sebuah filem aksi hidup dengan watak Super Mario pernah dibuat di Hollywood pada 1993 tetapi ia mencatatka­n kejayaan terhad di box office. — AFP

 ??  ?? SAMANTHA MILES
SAMANTHA MILES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia