‘Tanggungjawab’
‘Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’ mungkin adalah perumpamaan yang paling sesuai untuk mencerminkan diri saya dalam tempoh setahun ini. Awal tahun 2017 saya masih lagi mentah dalam segala macam berkaitan radio, dari pandangan luar menjadi penyampai mungkin satu tugas yang mudah.
Hakikatnya, sebelum butang ‘on air’ itu dinyalakan, ada 1001 perkara terlebih dahulu yang perlu anda selesaikan.
Nukilan saya kali ini bukan untuk bercerita tentang radio, tetapi bercerita tentang tanggungjawab. Apabila seseorang itu dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau menerajui sesuatu organisasi, ia merupakan amanah yang paling besar bagi seseorang individu.
Dan mungkin perkataan ‘tanggungjawab’ itulah yang mematangkan saya dalam apa sahaja yang saya lakukan. Dari persedian untuk bersiaran di radio, membuat keputusan-keputusan tertentu dalam hidup ataupun semudah memilih simpang ke kiri dari kanan.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca betapa pentingnya untuk kita menjaga tanggungjawab yang diamanahkan. Dari sekecil menjaga kebersihan, ke mematuhi undang-undang, mahupun tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.
Macam-macam dari bentuk tanggung jawab sebagai berikut:
1. Tanggungjawab terhadap diri sendiri
“If it is to be, it is up to me” maksud dari pepatah lama tersebut adalah hanya diri kita yang sepenuhnya bertanggungjawab terhadap kehidupan atau nasib diri kita sendiri. Ada beberapa ketentuan untuk dapat melaksanakan tanggungjwab kehidupan ini dengan baik. Ketentuan pertama adalah mengenali dan mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri.
2. Tanggungjawab terhadap Keluarga
Keluarga adalah tempat dimana kita saling memberikan kerjasama. Si orang tua bertanggungjawab kepada anaknya, anggota keluarga saling tanggungjawab.
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat
Manusia bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Manusia menanggung akibat dari perbuatannya dan mengukurnya pada berbagai norma. Ini merupakan bentuk dari tanggungjawab terhadap masayarakat, dimana di dalam masyarakat telah ada aturan-aturan.
Tanggungjawab adalah wajib menanggung segala sesuatunya. Harapnya masyarakat akan ambil serius tentang perkara ini.