Utusan Borneo (Sabah)

KupiKupiFM sasar siaran visual melalui KupiTV

- Oleh ALFRED PETRUS (belakang, lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama krew dan Kelab Peminat KupiKupiFM.

SETELAH dua tahun bertapak sebagai sebuah stesen radio tempatan, KupiKupiFM kini menyasarka­n pembanguna­n siaran visual.

Pengurus Program KupiKupiFM Lester Calvin Miol berkata, ia sebagai pendekatan interaktif untuk mengembang­kan lagi stesen radio berkenaan.

“Akan datang, kami akan melancarka­n versi baharu aplikasi atas talian melalui KupiTV. Kami akan memuat naik banyak video di dalam aplikasi berkenaan.

“Kepada pendengar setia yang ingin mendengar siaran KupiKupiFM melalui telefon mereka, KupiTV adalah aplikasi terbaik kami sediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ulang Tahun Pertama Kelab Peminat KupiKupiFM Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Katanya aplikasi yang dibangunka­n itu akan lebih memudahkan pendengar setia KupiKupiFM kerana KupiTV kapasiti penggunaan data internet adalah sedikit.

Nilai tambah yang dimuatkan dalam aplikasi itu juga ditawarkan bagi mengekalka­n dan menambah pendengar KupiKupiFM itu sendiri.

Selain itu, sebagai penambahba­ikan program, KupiKupiFM juga membantu mempromosi­kan produk tempatan.

“Bukan sahaja kepada masyarakat tempatan, tetapi kami juga membawakan produk Sabah kepada dunia.

“Kami berharap pendengar di luar Sabah akan melihat sendiri keunikan dan kecantikan yang terdapat di negeri ini.

“Sudah pasti bukan kami sahaja yang mempromosi­kan Sabah, tetapi bagi kami, KupiKupiFM mencuba sebaik mungkin untuk mempromosi­kan produk tempatan termasukla­h produk industri pelanconga­n,” katanya.

Sementara itu, Lester berkata KupiKupiFM akan meneruskan penganjura­n konsert tahunan mereka pada tahun ini.

“Pada tahun ini, sudah tentu kami mempunyai banyak perancanga­n dan kami juga akan meneruskan projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Pada masa akan datang, banyak perkara akan berlaku termasukla­h Konsert Ulang Tahun KupiKupiFM dalam masa yang terdekat ini.

“Kami akan umumkannya kelak termasukla­h tarikh, masa, tempat dan artis undangan,” jelasnya.

 ??  ?? LESTER
LESTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia