Utusan Borneo (Sabah)

Pengiktira­fan pokok durian merah tertua di Tongod

- Oleh JOHAN AZIZ

TONGOD: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah telah melakukan pelancaran pengiktira­fan pokok durian merah tertua dan tertinggi di Kampung Kenang-Kenangan, di sini.

Pokok durian merah itu dipercayai berusia lebih 100 tahun dengan mempunyai ketinggian 57.7 meter yang telah diukur dan disahkan oleh Jabatan Perhutanan Deramakot.

Menurut penduduk Kg Kenang-Kenangan, pokok durian merah itu menghasilk­an lebih kurang 2,000 biji buah setiap kali musim berbuah.

Masiung yang juga Adun Kuamut dalam ucapan mengesahka­n kewujudan pokok itu adalah antara produk pelanconga­n yang bakal dilawati di daerah ini menjelang Tahun Melawat Tongod 2020.

Katanya,prosespeme­rkasaan ekonomi tidak tertumpu pada satu jenis bidang sahaja tetapi juga dalam pelbagai bidang seperti pelanconga­n.

“Memandangk­an 2020 merupakan Tahun Melawat Tongod seperti yang telah tertulis dalam takwim kerajaan negeri, maka kita akan memastikan lebih banyak lagi produk pelanconga­n untuk kita hidangkan kepada para pelancong.

“Sebagai contoh, kewujudan pokok durian merah tertinggi dan tertua di daerah ini merupakan produk pelanconga­n yang pertama kita miliki,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada masyarakat kampung itu kerana berjaya menjadi salah satu pengeluar produk pelanconga­n di daerah ini.

Pada majlis itu juga, Masiung turut menyerahka­n bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir baru-baru ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kuamut Laising Podok dan Pegawai Jabatan Perhutanan Deramakot Sabah Edward Thomas.

 ??  ??
 ??  ?? MASIUNG bersama pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat bergambar ramai selepas majlis itu.
MASIUNG bersama pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat bergambar ramai selepas majlis itu.
 ??  ?? MASIUNG melancarka­n pengiktira­fan pokok durian tertua di Tongod.
MASIUNG melancarka­n pengiktira­fan pokok durian tertua di Tongod.
 ??  ?? POKOK durian merah tertua dan tertinggi di Tongod.
POKOK durian merah tertua dan tertinggi di Tongod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia