Utusan Borneo (Sabah)

Jolie bekerjasam­a dengan NATO perangi keganasan seksual

-

BINTANG Hollywood Angelina Jolie pada Rabu lepas berkata dia akan bekerja dengan pakatan tentera NATO untuk memerangi keganasan seksual.

“Sebagai seorang humanitari­an, ia adalah satu langkah yang menarik bagi saya,” kata Jolie di satu sidang akhbar di Brussels bersama Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g.

Jolie, utusan khas bagi Pesuruhjay­a Tinggi Pelarian Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNHCR), berkata dia “berbesar hati untuk bekerja dengan (Stoltenber­g) pada bulan dan tahun akan datang”.

“Kami adalah sangat jelas bahawa usaha ini mestilah mengenai hasil praktikal yang membawa perbezaan sebenar di lapangan dalam kawasan yang terjejas akibat konflik dan mengubah sikap terhadap wanita pada peringkat global.”

Salah sebuah negara pertama yang dia kemungkina­n kunjungi dalam peranan baharunya adalah Afghanista­n, di mana hak wanita berdepan dengan masalah tatkala kerajaan dan tentera yang disokong oleh Amerika Syarikat meneruskan peperangan selama 17 tahun menentang puak militan Taliban.

Dia berkata sebahagian daripada peranannya

dengan NATO adalah “bertanya di mana ia perlu ditambah baik dan berubah” contohnya di mana ia melibatkan mangsa awam dalam serangan udara.

Dia menambah: “Saya menyertai NATO sebagai seorang humanitari­an, saya bukan seorang kakitangan tentera. Saya di sini untuk membantu dan bekerja di sebelah ini di mana NATO menjalanka­n latihan yang menyentuh hubungan mereka dengan warga di lapangan.”

Stoltenber­g, bekas perdana menteri Norway, berkata ia adalah satu “penghormat­an” untuk membabitka­n Jolie.

“Bersama kita mesti memancarka­n cahaya yang terang ke atas keganasan seksual dalam konflik, jenayah paling gelap. Komitmen anda menimbulka­n kesedaran mengenai apa lagi yang kita mesti buat untuk melindungi golongan paling lemah,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ANGELINA Jolie disambut oleh Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g di ibu pejabat pakatan tentera itu di Brussels, Belgium pada 31 Januari lepas.
— Gambar Reuters ANGELINA Jolie disambut oleh Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenber­g di ibu pejabat pakatan tentera itu di Brussels, Belgium pada 31 Januari lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia