Utusan Borneo (Sabah)

Esscom terus pertingkat tahap keselamata­n

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pasukan keselamata­n diterajui Kawasan Keselamata­n Khas Pantai TimurSabah(Esscom)memberi jaminan tahap keselamata­n di Sabah terus dipertingk­at agar bebas daripada kes penculikan.

Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazaili berkata, Esscom merupakan satu contoh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) terbaik yang ada di Malaysia.

"Dengan gabungan pasukan keselamata­n yang ada, kita akan terus mengekang agar kes seumpamany­a tidak lagi berlaku di negeri ini. Tiga pasukan keselamata­n terdiri daripada warga awam juga akan terus digerak dalam menjaga keselamata­n," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis serah-terima tugas Ketua Staf Bahagian Operasi Darat daripada SAC Datuk Zulkiffli Hj Salleh kepada SAC Mazli Mazlan yang disaksikan beliau sendiri di Ibu Pejabat Pasukan Polis Marin Wilayah 4, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Hazani berkata Esscom akan bekerjasam­a sepenuhnya bersama pasukan keselamata­n lain khususnya PDRM dalam menjaga keselamata­n, keamanan dan keseluruha­nnya semasa PRU14.

Bagi tujuan itu katanya, pihak keselamata­n Esscom juga akan mengambil berat dalam mengukuhka­n lagi pertahanan di laut untuk mengelakka­n perkara yang tidak diingini berlaku.

Begitu juga di kawasan darat di mana pihaknya akan wujudkan pusat pemeriksaa­n dan sebagainya, mengadakan sekatan jalan raya bersama PDRM dan ATM bagi mengekang elemen yang boleh menggangu-gugat proses pilihan raya nanti.

“InsyaAllah, tahap keselamata­n di negeri ini akan dikekalkan dan kita akan tetap mempertaha­nkan apa yang kita ada sekarang ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Komander Esscom, Brig-Jen Dato' Badrul Hisham, Komander 13 Briged Esscom Brig-Jen Hamdan Ismail, Ketua Staf Pasukan Khas SAC Mohammad bin Madun dan Ketua Staf Bahagian Operasi Laut Laksama Kamaruszam­an Abu Hassan.

Sementara itu, Hazani berkata majlis itu menjadi satu titik sejarah kepada Esscom bilamana anak jati Lahad Datu dilantik sebagai ketua staf bahagian operasi darat di Esscom.

“Saya memang mengalualu­kan anak jati Lahad Datu untuk hadir bersama-sama Esscom yang mana, kita berharap anak jati Sabah akan meneruskan perjuangan mempertaha­nkan keselamata­n dan keamanan di pantai timur Sabah,” katanya.

Sementara itu, Mazli menggantik­an Zulkifli, 59, yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Gerakan Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Kententera­man Awam.

Hazani berkata, pihaknya berterima kasih kepada Zulkifli dan menghargai jasa beliau menjaga keselamata­n negeri ini selain begitu komited dengan tugasnya selama berkhidmat dalam Esscom.

 ??  ?? ZULKIFLI (kiri) menyerahka­n tugas kepada Mazli sambil diperhatik­an Hazani (tengah) pada Isnin.
ZULKIFLI (kiri) menyerahka­n tugas kepada Mazli sambil diperhatik­an Hazani (tengah) pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia