Utusan Borneo (Sabah)

Penglibata­n semua penting

Untuk pertingkat program kesedaran kanser

-

PENGLIBATA­N

dan komitmen semua pihak dalam memberi kesedaran awal kepada masyarakat mengenai pentingnya mencegah dan rawatan awal penyakit kanser perlu dipertingk­at.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor berkata, ia perlu agar masyarakat lebih peka terhadap penjagaan kesihatan termasuk mengamalka­n gaya hidup sihat.

Katanya, kerajaan telah memperuntu­kkan dana yang besar bagi menjamin kesihatan serta kesejahter­aan rakyat dengan penyediaan pelbagai prasarana kesihatan seperti hospital, institut kanser, klinik kesihatan, Klinik 1Malaysia serta pelbagai subsidi untuk mencegah dan merawat penyakit kanser.

“Perkara seumpama ini memerlukan sokongan semua pihak untuk kita menjayakan apa yang dilakukan Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS).

“Mereka yang terlibat ini amat memberangs­angkan dan saya selaku salah seorang pemimpin kerajaan amat mengalakka­n malah memberi bantuan dan sokongan,” katanya ketika merasmikan Hari Kanser Sedunia 2018 Peringkat Negeri Sabah di sini pada Ahad.

Majlis itu dianjurkan oleh PSKS dengan kerjasama beberapa NGO dan agensi kerajaan yang berkenaan. Antaranya ialah Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, Pejabat Pendidikan Daerah, IPG Kent, Pejabat Penerangan Daerah, Persatuan Paliatif KK, Persatuan Barah Sabah, Persatuan Penjaja Tamparuli dan Peladang Nita Tuaran.

Acara dimulakan dengan Larian Hari Kanser Sedunia sejauh 6km yang disertai oleh seramai 235 orang termasuk para pesakit atau pejuang kanser.

Ia disusuli dengan pameran dan ceramah mengenai kanser oleh pakar onkologi dari Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterap­i Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, Dr Flora Chong.

Menurut Dr Chong, sehingga 31 Disember lalu, hampir 5,000 kes penyakit kanser didaftarka­n oleh Pusat Rawatan Nuklear dan Radioterap­i HWKKS.

Peralatan dan khidmat di pusat berkenaan telah dinaiktara­f dengan tiga doktor pakar kanser.

Turut membuat pameran ialah Persatuan Barah Sabah, Persatuan Talasemia Sabah dan Persatuan Paliatif KK.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, selain membuat pameran, turut mengadakan pemeriksaa­n kesihatan manakala Lembaga Pendudukan dan Perancanga­n Keluarga Negara membuat pemeriksaa­n pap smear serta saringan kesihatan.

Lebih kurang 120 orang telah hadir yang mana 65 daripadany­a ialah pelajar IPG Kent.

Hadir di majlis itu ialah Presiden PSKS Lawrence Imui, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran Dr Noraziah Bakri dan Presiden Persatuan Barah Sabah Datuk Flora Evaristus.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Abdul Kassim Razali, Penolong Pegawai Daerah Tuaran Hadzlan Jablee dan Presiden Persatuan Talasemia Sabah Francis Mujim.

 ??  ?? ZAKI Bijak, seorang pejuang kanser dan peserta larian, menerima sijil daripada Hajiji.
ZAKI Bijak, seorang pejuang kanser dan peserta larian, menerima sijil daripada Hajiji.
 ??  ?? HAJIJI (tengah) bergambar kenangan dengan penganjur Hari Kanser Sedunia.
HAJIJI (tengah) bergambar kenangan dengan penganjur Hari Kanser Sedunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia