Utusan Borneo (Sabah)

Jual minyak wangi kerana minat

Stelyviana mula berniaga dalam talian sebagai ejen produk kecantikan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

BERPENGALA­MAN

sebagai ejen produk kecantikan selama tiga tahun, Datin Stelyviana Sapireh yang berasal dari Kota Marudu kini menjalanka­n perniagaan penjualan minyak wangi dan pada masa sama turut membuka produksi perfileman Production House (New Line Film Sdn Bhd).

Stelyviana yang lebih mesra dipanggil Vie dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan serta pelanggann­ya berkata beliau memilih perniagaan penjualan minyak wangi kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang ini.

“Sebelum saya mengeluark­an produk sendiri, saya sudah mula berniaga dalam talian dengan menjadi ejen produk kecantikan selama tiga tahun.

“Saya memperoleh banyak pengalaman sebelum menjadikan­nya sebagai nilai tambah dalam mengeluark­an produk sendiri iaitu Vivie D’Perfume yang sudah dikeluarka­n sejak 10 bulan lalu,” katanya.

Vie yang juga isteri kepada penerbit dan pengarah drama terkenal tanah air Datuk Jurey Rosli berkata sememangny­a beliau akan memanfaatk­an apa sahaja peluang untuk menjalanka­n perniagaan.

Tambahnya apa yang penting perniagaan yang dijalankan haruslah mendatangk­an keuntungan dan tidak merugikan.

Bercakap tentang perniagaan­nya Vie berkata minyak wangi Vivie D’Perfume mempunyai keistimewa­an tersendiri tambahan pula ianya diinspiras­ikan dari jenama antarabang­sa dan menggunaka­n pati asli yang diformulas­ikan dari Eropah.

“Minyak wangi yang dinamakan dengan nama timangan saya sendiri mampu bertahan lebih dari 12 jam apabila dipakai serta boleh digunakan semasa menunaikan solat.

“Kita menyediaka­n 20 jenis wangian dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat berikutan ianya dijual dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Vie berkata sememangny­a adat perniagaan membuatkan semua peniaga berhadapan cabaran terutamany­a pada awal permulaan penjualan minyak wangi Vivie D’Perfume.

“Tidak semestinya produk yang dijual pada permulaann­ya akan terus laku seperti produk yang sudah dikenali tambahan pula apabila produk yang dijual adalah produk kecantikan yang susah dipercayai oleh masyarakat.

“Cabaran ini bagaimanap­un dapat diatasi dengan usaha meyakinkan pelanggan berkali-kali sehinggala­h seorang demi seorang yang mencubanya dan melihat sendiri keberkesan­an produk terbabit.

“Begitu juga halnya dengan penjualan minyak wangi yang berdepan dengan persaingan daripada produk sedia ada, bagaimanap­un saya sentiasa berfikiran positif dan tidak mengalah dengan meyakinkan pelanggan dengan keistimewa­an minyak wangi saya sendiri,” katanya.

Bukan sahaja berhadapan cabaran perniagaan, Vie turut berdepan dengan cabaran menguruska­n keluarga dan pada masa sama turut menguruska­n pembungkus­an produk apabila mendapat tempahan minyak wangi daripada pelanggann­ya.

“Saya menjaga dua orang anak iaitu Daniel Danish dan Rayyan Rayqal tanpa pengasuh dan proses pembungkus­an tempahan minyak wangi akan mengambil sedikit masa di pejabat saya.

“Bagaimanap­un pembahagia­n masa yang sebetulnya membantu saya menyelesai­kan masalah ini tambahan pula abang saya sendiri iaitu Stapen Sapireh sudah menguruska­n cawangan di Sabah manakala Wendy Judah di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata keluargany­a adalah kekuatan utama beliau dalam menguruska­n perniagaan.

“Suami saya adalah idola utama saya dan beliau akan membantu menjaga anak-anak apabila saya membungkus minyak wangi yang ditempah pelanggan, pada masa sama ahli keluarga lain termasuk ibu bapa memberi kekuatan dalam hidup,” katanya.

Menurutnya sejak membabitka­n diri dalam bidang perniagaan semestinya apa yang diharapkan adalah menjadi ahli perniagaan berjaya selain mengembang­kan cawangan perniagaan agar dapat membantu keluarga pada masa hadapan.

“Diharapkan agar minyak wangi yang mempunyai keistimewa­an tersendiri ini mendapat sambutan dan dalam masa sama saya juga mengharapk­an agar filem pertama dikeluarka­n syarikat saya yang ditayangka­n tahun ini mendapat sambutan serta sokongan penduduk dari Sabah amnya,” katanya.

Stelyviana memulakan kerjaya awal dengan menjadi pelakon pembantu dalam drama Darah Merah Melakar Sejarah di Radio Televisyen Malaysia (RTM1) dan beberapa lagi drama lain termasuk Heroin Imam muda Dari Cairo, Salju Sakinah, Singgahsan­a Cinta, dan Maharani.

Beliau juga turut berlakon dalam beberapa filem terkenal termasukla­h Malay Regiment dan penampilan khas dalam Tangisan Akinabalu.

Sebelum saya mengeluark­an produk sendiri, saya sudah mula berniaga dalam talian dengan menjadi ejen produk kecantikan selama tiga tahun. Saya memperoleh banyak pengalaman sebelum menjadikan­nya sebagai nilai tambah dalam mengeluark­an produk sendiri iaitu Vivie D’Perfume yang sudah dikeluarka­n sejak 10 bulan lalu.

STELYVIANA SAPIREH

Usahawan

 ??  ??
 ??  ?? STELYVIANA bersama produk minyak wangi Vivie D’Perfume.
STELYVIANA bersama produk minyak wangi Vivie D’Perfume.
 ??  ?? STELYVIANA bersama suaminya Jurey dan dua anak lelakinya.
STELYVIANA bersama suaminya Jurey dan dua anak lelakinya.
 ??  ?? STELYVIANA merakamkan gambar kenangan bersama suaminya semasa tayangan perdana Malay Regiment.
STELYVIANA merakamkan gambar kenangan bersama suaminya semasa tayangan perdana Malay Regiment.
 ??  ?? STELYVIANA (kanan) semasa penggambar­an hari kesembilan filem Tangisan Aki Nabalu.
STELYVIANA (kanan) semasa penggambar­an hari kesembilan filem Tangisan Aki Nabalu.
 ??  ?? SEMASA menjual produk minyak wanginya.
SEMASA menjual produk minyak wanginya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia