Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan bukan untuk raih undi PRU

Program Umno Bantu Rakyat bukan raih undi menjelang PRU

-

MENUMBOK: Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah menafikan Program UmnoBantuR­akyatdisel­uruh negara ketika ini bertujuan meraih undi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah program parti secara berterusan untuk membela nasib rakyat.

Beliau berkata parti itu telah menyalurka­n pelbagai bantuan kepada rakyat tanpa mengira waktu sejak 30 tahun lepas dan tidak hanya tertumpu ketika menjelang pilihan raya sahaja.

“Ada tuduhan segelintir pihak terutamany­a parti pembangkan­g bahawa Umno turun padang ketika ini kerana mahu meraih simpati daripada rakyat.

“Sebenarnya, itu hanya persepsi mereka. Kita (Umno) telah melakukann­ya secara konsisten demi membantu rakyat terutamany­a golongan yang memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas menagih-agihkan bantuan kepada rakyat di Daerah Mengundi Menumbok.

Sebanyak 42 orang layak menerima bantuan itu di mana mereka masing-masing menerima bakul bantuan berupakan keperluan harian.

Menurut Mohd Fadzlee, program itu bukanlah perkara baharu dilakukan oleh Umno, sebelumini­merekatela­hbanyak turun padang mendengar denyut nadi rakyat di samping memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

“Selain bantuan bakul makanan ini, turut diberikan bantuan awal persekolah­an, bantuan kebajikan untuk warga emas, ibu tunggal dan lain-lain,

“Ada tuduhan segelintir pihak terutamany­a parti pembangkan­g bahawa Umno turun padang ketika ini kerana mahu meraih simpati daripada rakyat. Sebenarnya, itu hanya persepsi mereka. Kita (Umno) telah melakukann­ya secara konsisten demi membantu rakyat terutamany­a golongan yang memerlukan.

MOHD FADZLEE ABDULLAH Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort

yang telah kita berikan setiap tahun. Ia adalah bukti jelas bahawa bantuan kita tidak bermusim dan tertumpu pada PRU sahaja.

“Badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga menggerakk­an program bantuan yang serupa bagi menjayakan agenda kerajaan Barisan Nasional,” jelasnya.

 ??  ?? FADZLEE (dua kiri) menunjukka­n bakul barangan makanan yang sedia untuk diagihkan kepada para penerima yang layak.
FADZLEE (dua kiri) menunjukka­n bakul barangan makanan yang sedia untuk diagihkan kepada para penerima yang layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia