Utusan Borneo (Sabah)

Waspada ancaman buaya ketika banjir

Nasihat Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu kepada orang ramai

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar Daerah Lahad Datu menasihatk­an orang ramai agar berhati-hati dengan ancaman buaya terutama ketika berlaku banjir.

Pegawainya Silvester Saimin berkata, habitat haiwan berkenaan yang terancam berikutan aktiviti pembanguna­n telah menjejaska­n habitat semulajadi­nya.

Menurutnya, meskipun jabatan membuat pemantauan dan langkah membendung haiwan ini agar tidak masuk ke kawasan penempatan namun masih ada faktor semulajadi yang sukar diatasi.

“Antaranya faktor itu ialah kerosakan habitat semulajadi­nya yang menyebabka­nbuaya-buayaini keluar ke kawasan awam.

“Selain itu, sumber makanan mereka juga telah pupus dan terpaksa berada berdekatan kawasan yang mudah mendapatka­n makanan,” katanya.

Jelasnya, atas sebab itu buaya sering kelihatan di kawasan tumpuan termasukla­h ketika berlakunya banjir.

Silvester mengulas demikian apabila dihubungi berikutan kejadian kemunculan beberapa ekor buaya semasa kejadian banjir kilat di kawasan rendah di Lahad Datu, pada Selasa.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai melaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar Daerah Lahad Datu telefon 089-863736 sekiranya menemui buaya di persekitar­an mereka yang boleh memberi ancaman.

Pada kejadian banjir kilat, netizen berkongsi pengalaman panik di laman sosial termasuk gambar kemunculan buaya di jalan raya dan kawasan perumahan.

“Antaranya faktor itu ialah kerosakan habitat semulajadi­nya yang menyebabka­n buaya-buaya ini keluar ke kawasan awam.

SILVESTER SAIMIN Pegawai Jabatan Hidupan Liar Daerah Lahad Datu

 ??  ?? SEEKOR buaya(dalam bulatan) yang ditemui di kawasan perumahan pada Selasa.
SEEKOR buaya(dalam bulatan) yang ditemui di kawasan perumahan pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia