Utusan Borneo (Sabah)

Album ketiga Patauboys diyakini dapat sambutan

- Oleh JOHAN AZIZ Kent dan Delce bergambar kenangan dengan para artis selepas majlis pelancaran album Patayboys.

ALBUM ketiga Patauboys yang amat dinantinan­tikan oleh peminat setia kini diterbitka­n dalam format DVD MTV Karaoke.

Penerbit yang juga Pengurus Patauboys Home Studio, Sonny Kent Elity Sulaiman dan Penerbit Eksekutif, Delce Vincent berkeyakin­an tinggi terhadap sambutan peminat dengan kemunculan album ketiga itu memandangk­an jenama Patauboys sudah dikenali sejak tahun 2010 lagi.

Menurut Kent, album ke-3 itu telah memulakan proses rakaman pada tahun 2014 dan siap sepenuhnya penghujung 2017 di Patauboys Home Studio yang terletak di Kampung Patau, Tambunan.

“Apa yang pasti, lagulagu dalam album ini bakal diputarkan di corong-corong radio, media sosial dan media penyiaran lain,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan lagu dijalankan secara teliti supaya bersesuaia­n dengan citarasa sekarang agar semua golongan pendengar merasakan sesuatu kelainan atau improvisas­i dalam pembikinan lagu.

Pencarian dan pemilihan vokalis ditentukan berdasarka­n genre lagu serta kemampuan ‘range’ vokal para penyanyi.

“Demo lagu kebanyakan dinyanyika­n oleh rakanrakan produksi seperti Charles Lajiun, Mahat Mahadi, Clifford Kean Dangatil, Petrus Thadius, Rajiman Abdul Ghani, Janarius Amir, Jackiee Jackobus dan Azizandi Mahat sebelum disempurna­kan oleh vokalis yang dipilih,” katanya.

Kent berkata, pemuzik utama dalam pembikinan album adalah Suhaimi Jikah (Amie). Beliau melakukan proses rakaman, penyusunan muzik dan adunan. Selain itu, Erickson (Jamson Band) turut menyumbang­kan idea susunan dan rakaman ke atas lagu ‘Tulun Tokou’.

Katanya, pemain gitar seperti Didie dan Jijie dari kumpulan Band of Brothers Kampung Kumawanan, Tambunan turut terlibat menyumbang­kan idea dan petikan gitar mereka yang mantap. Selain itu, Hasmin @Nonong turut bermain gitar akustik bagi lagu ‘Pirubaan’ bersama Mervine Marvin.

“Lagu-lagu dalam album ke-3 mengikut urutan track adalah seperti Tulun Tokou (Orang Kita)-Jekly Goidon (Menggatal), My Mate-Essavell Julian(Kiawayan Tambunan), Tapui Kalangadan (Api Kerinduan)-Briana Basiluis (Tondulu Tambunan), Sindingku (Laguku)Daniel Douli (Sunsuron Tambunan), Haro Ih Natagak (Ada Sesuatu Yang Hilang)-Mazeri Kulandu (Mawaras Menggatal) dan Tupus Poingirot (Cinta Yang Utuh)-Christophe­r Simon (Nambayan Tambunan).

Selain itu, turut dimuatkan ialah Nasip Ti Piniupusan Toh (Nasib Percintaan Kita)-Jekly Goidon, Pogidu Noh (Pergilah)-Jovenia Julian (Tondulu Tambunan), Nababak Piginawaan (Berkecai nya Perhubunga­n) J ov e ni a Julian, serta Pirubaan (Pertemuan)-Diana Marcella Gousi dan Kerdil-Dominic Savio Stephen, Aeron Jude, Alexter Lazurus, Don Bosco Julian.

“Pihak Patauboys mendapatka­n khidmat jurutera audio dan komposer Pusakag yang berpengala­man iaitu Douglas Henry Monis untuk membantu melakukan proses ‘Mastering’.

“Produksi penggambar­an MTV pula mendapat kerjasama daripada jurukamera Harry Syn Jikah dan Heldy Joene manakala video editor ialah Fread Production (Alfread Gitik) dari Kampung Kuala Namadan, Tambunan,” kata Kent.

Majlis pelancaran album ketiga Patauboys ini disempurna­kan oleh Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Tambunan Rockey Jerome di The Landmark Bangunan 3T Tambunan baru-baru ini.

“Terima kasih kepada artis-artis Patauboys atas komitmen mereka dan berharap mereka terus memperjuan­gkan minat dan bakat yang ada supaya menjadi penyanyi tersohor suatu masa nanti, “kata Kent.

 ??  ??
 ??  ?? ROCKEY,
ROCKEY,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia