Utusan Borneo (Sabah)

Pendarah cadang tubuh persatuan di setiap sekolah

Pendarah cadang tubuh persatuan di setiap sekolah

-

PERSATUAN Penderma Darah Sabah (Pendarah) bercadang supaya semua sekolah menubuhkan cawangan persatuan penderma darah sebagai pendidikan awal masyarakat tentang kepentinga­n menderma darah.

Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata, kalau persatuan dan unit beruniform lain seperti Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulans dan lain-lain ditubuhkan untuk mendidik awal tentang kepimpinan dan semangat bantu membantu sesama insan maka, adalah bersesuaia­n juga jika persatuan penderma darah ditubuhkan di setiap sekolah rendah dan menengah.

“Pendarah akan perjuangka­n cadangan ini demi untuk kebaikan semua pihak, terutamany­a dalam memenuhi keperluan bekalan darah di semua hospital di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Kempen Derma Darah bertempat di Tugu Peringatan Pekan Inanam pada Ahad.

Kempen bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2 petang itu berjaya menarik 202 calon penderma tetapi hanya 119 yang berjaya menderma, namun ia sudah melebihi sasaran penganjur iaitu 80 pain darah.

Kempen adalah anjuran KRT Pekan Inanam dengan kerjasama Pendarah dan dibantu oleh Hospital Queen Elizabeth II.

Sementara itu, Pengerusi KRT Pekan Inanam Datuk Wong Thien Fook yang juga pengerusi penganjur bersama mengucapka­n terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kempen itu.

“Ini kali ketiga

KRT Pekan Inanam menganjurk­an kempen derma darah yang mana, sentiasa mendapat sambutan daripada orang ramai. Saya berharap sambutan dan kerjasama ini berterusan di masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) ORANG ramai berbaris menunggu giliran untuk menderma darah.
(Gambar kiri) SEBAHAGIAN penderma darah pada kempen itu.
(Gambar atas) ORANG ramai berbaris menunggu giliran untuk menderma darah. (Gambar kiri) SEBAHAGIAN penderma darah pada kempen itu.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PARA AJK penganjur bergambar kenangan selepas program.
(Gambar kiri) TARIAN singa turut menyerikan kempen derma darah. Turut kelihatan Alix (kanan) dan Wong (kiri).
(Gambar atas) PARA AJK penganjur bergambar kenangan selepas program. (Gambar kiri) TARIAN singa turut menyerikan kempen derma darah. Turut kelihatan Alix (kanan) dan Wong (kiri).
 ??  ?? KETUA Bahagian PBS Inanam Fredoline Totin Bangon (empat kiri) bersama AJK bahagian turut hadir memberi sokongan.
KETUA Bahagian PBS Inanam Fredoline Totin Bangon (empat kiri) bersama AJK bahagian turut hadir memberi sokongan.
 ??  ?? PRESIDEN Talasemia Francis Mujim (kiri) turut hadir memberi sokongan.
PRESIDEN Talasemia Francis Mujim (kiri) turut hadir memberi sokongan.
 ??  ?? ALIX menerima cenderahat­i daripada Wong pada majlis itu.
ALIX menerima cenderahat­i daripada Wong pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia