Utusan Borneo (Sabah)

790 PTI DIHANTAR BALIK

Melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 790 pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina pada malam Selasa.

Proses penghantar­an pulang PTI dengan menggunaka­n kapal feri MV Antonia 1 itu melibatkan 560 lelaki dewasa, 188 perempuan dewasa dan 42 kanak-kanak. Turut dihantar balik ialah 25 lagi kanak-kanak lelaki dan 17 kanak-kanak perempuan. Kesemua yang dihantar balik berumur lapan hari hingga 70 tahun.

Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata proses penghantar­an balik PTI ke negara asal mereka merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan pendatang tanpa izin ke negeri ini.

Beliau berkata, selain melaksanak­an pengusiran PTI pihak kerajaan juga telah mengambil tindakan proaktif di dalam usaha mengesan dan menangkap PTI dengan melancarka­n pelbagai operasi bersepadu.

“Operasi ini dikelolaka­n oleh MKN, Esscom, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia,” katanya kepada media selepas menyaksika­n proses penghantar­an balik PTI di Pelabuhan Sandakan, malam Selasa.

Rodzi berkata jumlah diusir dan termasuk yang pulang secara sukarela sejak 1990 hingga 6 Februari 2018 telah mencecah sejumlah 566,191 orang.

“Jumlah PTI yang telah diusir pada 2017 hingga ke hari ini telah mencecah seramai 13,540 orang. Sementara pengusiran PTI ke negara asal pada Januari 2018 termasuk 790 yang diusir pada hari ini adalah seramai 1,567 orang,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an semua pihak bahawa usaha untuk melihat negeri ini bebas daripada pendatang tanpa izin jangan dianggap sebagai tanggungja­wab kerajaan semata-mata.

“Semua pihak khususnya majikan dan orang awam harus memberi kerjasama dan bantuan kepada pihak penguatkua­sa dalam menangani masalah tersebut dengan cara menyampaik­an maklumat mengenai kehadiran PTI serta mengelak diri daripada menggaji dan melindungi PTI,” katanya.

Rodzi juga mengingatk­an menjadi satu kesalahan yang serius terhadap manamana pihak yang didapati melindungi atau menggaji atau membenarka­n PTI berada di dalam premis di bawah Akta Imigresen 1953/63 (Pindaan 2002).

“Iaitu, Seksyen 55B mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegar­a, atau pemegang permit masuk yang tidak memiliki pas yang sah, atau pada masa yang sama mengambil pekerja lebih daripada lima orang.

“Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau keduaduany­a sekali bagi setiap PTI. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? BEBERAPA PTI menaiki kapal MV Antonia 1 untuk proses penghantar­an pulang ke Zamboanga, Filipina melalui Pelabuhan Sandakan malam Selasa.
GambarBern­ama BEBERAPA PTI menaiki kapal MV Antonia 1 untuk proses penghantar­an pulang ke Zamboanga, Filipina melalui Pelabuhan Sandakan malam Selasa.
 ??  ?? RODZI (duduk, tengah) ketika sidang media itu.
RODZI (duduk, tengah) ketika sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia