Utusan Borneo (Sabah)

IPD Sandakan tangkap 19 suspek, selesai 25 kes jenayah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 19 suspek termasuk seorang wanita telah berjaya ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah yang dilakukan di sekitar daerah ini sepanjang bulan lepas.

Daripada jumlah itu, 11 suspek adalah warga tempatan dan selebihnya warga asing. Mereka berusia dalam lingkungan 15 hingga 42 tahun.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata, dengan tangkapan itu, pihak polis di sini telah berjaya menyelesai­kan 25 kes jenayah yang dilaporkan berlaku selain merampas pelbagai barangan termasuk dua kereta dan sebuah motosikal dengan nilai keseluruha­n RM86,200.

“Dua daripada suspek yang ditangkap telah dikenalpas­ti melakukan 13 kes pecah rumah. Mereka menyasarka­n kawasan terpencil antara Batu 12 dan Batu 30, yang mana kebanyakan jenayah dilakukan pada awal pagi. Mereka juga dikenalpas­ti memecah masuk rumah kebun atau rumah yang ditinggalk­an penghuni.

“Kedua-dua suspek ini berumur 21 dan 23 tahun. Salah seorang daripada mereka juga mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk kes penyalahgu­naan dadah. Kesemua kes yang mereka lakukan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan ,” katanya pada sidang media di Pejabat JSJ, Balai Polis Sandakan, di sini pada Selasa.

Mohd Azhar berkata, dalam siri tangkapan itu, pihaknya juga berjaya mematahkan kegiatan seorang pembantu rumah warga asing berusia 23 tahun yang mengambil kesempatan mencuri barangan milik majikannya. Nilai kerugian dianggarka­n sebanyak RM50,000.

“Wanita ini cuba memperdaya majikannya dengan mengatakan rumah disamun oleh tujuh suspek yang tidak dikenali. Wanita ini juga bertindak memotong wayar rakaman litar tertutup (CCTV) bagi mengelak perbuatann­ya dirakam.

“Bagaimanap­un, pihak kita berjaya membongkar taktik wanita ini dalam tempoh 24 jam,” jelasnya sambil menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MOHD Azhar (dua kiri) menunjukka­n beberapa barang kes yang dirampas.
MOHD Azhar (dua kiri) menunjukka­n beberapa barang kes yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia