Utusan Borneo (Sabah)

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Labuan

-

LABUAN: Yang di-Pertuan Agong X V Sultan Mu ham mad V berkenaan berangkat mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Wilayah Persekutua­n Labuan bermula Khamis.

Baginda dijadual berangkat tiba di Lapangan Terbang Labuan kira-kira jam 4.30 petang yang akan disambut Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Bacaan doa akan dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebelum Seri Paduka berangkat ke Dorsett Grand Labuan Hotel.

Pada Jumaat, baginda akan merasmikan Masjid Sultan Muhammad V di Jalan Pohon Batu, Kampung Lajau sekaligus menunaikan solat Jumaat di masjid itu yang boleh memuatkan kira-kira 1,200 jemaah pada satu-satu masa.

Selepas menunaikan solat Jumaat, baginda akan mengurniak­an sumbangan kepada Masjid Sultan Muhammad V.

Masjid Sultan Muhammad V sebelum ini dikenali sebagai Masjid Al-Mahmuddiya­h atau Masjid Biru.

Seri Paduka akan mendengar Majlis Sembah Taklimat Pembanguna­n Labuan di Dorsett Grand Labuan Hotel, kira-kira jam 1.45 petang.

Pada sebelah malam, baginda berkenan untuk mencemar duli ke Majlis Labuan Berselawat dan Program Ilmiah di Dewan Konvensyen, Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Majlis itu diimarahka­n dengan selawat daripada Al-Furqan Entertainm­ent & Consultant, Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Badr, Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding dan Pusat Bimbingan Tahfiz Quran Al-Ummi.

Selain Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, dua lagi ahli panel yang akan menjadi tetamu Program Ilmiah ialah Dato’ Badli Shah Alauddin dan Ustaz Ahmad Shahrizal Saffian.

Baginda dijadual berangkat pulang ke ibu negara kira-kira jam 11 malam Jumaat.

Lawatan sulung Sultan Muhammad V ke Labuan itu dikendalik­an Perbadanan Labuan dan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.
YANG di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia