Utusan Borneo (Sabah)

Buruh ladang terbunuh dalam kemalangan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seorang buruh ladang terbunuh manakala rakannya mengalami cedera ringan selepas motosikal dinaiki dipercayai dirempuh dari arah belakang dalam kejadian langgar lari di Kilometer 12, Jalan Lahad Datu-Tawau, malam selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang merupakan pembonceng motosikal jenis Demak, dikenali sebahagai Dandi Laupe, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa bersama rakannya (penunggang) berusia 34 tahun sedang dalam perjalanan dari arah bandar Lahad Datu menuju ke arah Tawau.

Bagaimanap­un sebaik melalui kawasan itu, motosikal mangsa dipercayai telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan (nombor pendaftara­n tidak dikenal pasti) yang bergerak dari arah sama sebelum bertindak melarikan diri.

“Impak daripada kejadian itu, keduadua mangsa telah tercampak ke atas jalan lorong sebelah kiri arah Tawau. Penunggang motosikal hanya mengalami cedera ringan manakala pembonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan yang tiba di lokasi kemalangan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Kemil Rahmat.

Sehubungan itu, Hamzah turut berpesan kepada mana-mana saksi bebas yang mengetahui atau ternampak kejadian itu agar melaporkan segera di balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat kemalangan itu.
KEADAAN motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia