Utusan Borneo (Sabah)

Usaha perpaduan libatkan semua kaum

- Oleh DELLROY

TENOM: Usaha kerajaan untuk menyatupad­ukan rakyat berbilang kaum dan kepercayaa­n di negeri Sabah melibatkan kerjasama semua kaum.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, amalan perkongsia­n kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional( B N) memberi peluang kepada semua kaum termasukla­h masyarakat Cina menyertai pelbagai program pembanguna­n di Sabah, khususnya di daerah ini.

“Kestabilan politik membolehka­n kerajaan melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n sosioekono­mi untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat berbilang kaum di negeri ini,” katanya selepas Program PBS CNY Walk anjuran PBS Bahagian Melalap dengan kerjasama JKDB Tenom sempena Tahun Baharu Cina di Pekan Tenom, di sini pada Rabu.

“Sebab itu, program PBS CNY Walk sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang diadakan pada setiap tahun oleh PBS akan dapat meningkatk­an lagi persefaham­an antara para pemimpin parti serta mengeratka­n perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah, seiring dengan perjuangan parti untuk semua kaum.

Radinyangj­ugaAdunMel­alap dan naib presiden PBS berkata, sokongan padu masyarakat Cina terhadap program-program kerajaan amat penting demi kesinambun­gan kemajuan negeri ini.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu turut disertai oleh Timbalan Presiden PBS Datuk Yee Moh Chai, Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimi Unggi, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dr Lucas Umbul, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Melalap Simon Mamat.

Pada program itu, Pairin turut melancarka­n dua tanglung besar berukuran 6 kaki diameter dan 5 kaki tinggi di Malleh Square, Pekan Tenom sebagai gimik perasmian program PBS CNY Walk Tenom itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia